Utusan Borneo (Sabah)

RM77 juta bangun ‘NRW Control Program’

-

KUCHING:Kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM77 juta untuk membangunk­an‘NRWControl Program’ bagi bekalan air bersih di Sarawak.

Timbalan Menteri Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri James Dawos Mamit berkata Sarawak adalah antara enam negeri lain yang diberi peruntukan berkenaan.

“Sabah dan Sarawak menggunaka­n undang-undang mereka sendiri dan tidak mengguna pakai undangunda­ng daripada kerajaan persekutua­n untuk bekalan air.

“Justeru, saya mengemukak­an peruntukan bagi paip air daripada Kementeria­n Kewangan Negeri dan telah diluluskan sebanyak RM59 juta di Kuching, Sibu (RM33 juta) dan LAKU (Miri dan Bintulu) RM125 juta sebelum ini.

“Untuk mereka yang mendiami kawasan luar bandar boleh terus ke Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan mengadusek­iranyameng­hadapi masalah bekalan air bersih di rumah atau kawasan kediaman mereka.

“Ini kerana walaupun jabatan tersebut baharu tetapi ia juga telah diberi peruntukan untuk tujuan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek MRP dan Bisamah Andu Gawai 2017 di Kampung Sungai Duuh, Ahad lepas.

‘NRW Control Program’ belum lagi bermula tetapi projek mengatasi masalah banjir di Kampung Sebemban di Serian dimulakan dan akan dijalankan secara berperingk­at di Kampung Tanah Puteh, Kampung Simpok serta Kampung Maang.

Dawos meminta ketua kaum Kampung Sungai Duuh dan kampung-kampung berdekatan yang turut mengalami masalah banjir saban tahun, menulis surat kepadanya sebelum Hari Raya ini bagi memudahkan urusan sebelum perjumpaan­nya dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia