Utusan Borneo (Sabah)

Suram sinar Aidilfitri

Enam rumah di Kampung Bintawa Hilir musnah terbakar, 40 tinggal sehelai sepinggang.

-

“Selepas

ini, terpaksala­h kami menagih simpati daripada saudara-mara untuk berteduh dan menyambut Hari Raya. Memang sukarlah sebab semua persiapan kami sekeluarga turut terbakar, yang tinggal hanya apa yang ada pada badan kami sekarang sahaja. DILAH BUJANG Mangsa

KUCHING: “Bagaimana nak beraya?” Demikian rintihan seorang lelaki warga emas, Dilah Bujang selepas rumahnya ranap dalam kebakaran membabitka­n enam rumah di Kampung Bintawa Hilir di sini, pada Selasa.

Menurut lelaki berusia 63 tahun itu, kejadian sekitar jam 11 pagi itu berlaku begitu pantas apabila api bermula dari salah sebuah rumah merebak ke lima rumah lain, termasuk rumahnya.

“Tiada sesiapa berada di rumah (mangsa) semasa kejadiante­rsebutmeny­ebabkan tiada barang-barang dapat diselamatk­an termasuk dokumen penting serta barangbara­ng berharga.

“Selepas ini, terpaksala­h kami menagih simpati daripada saudara-mara untuk berteduh dan menyambut Hari Raya. Memang sukarlah sebab semua persiapan kami sekeluarga turut terbakar, yang tinggal hanya apa yang ada pada badan kami sekarang sahaja,” katanya.

Dilah yang bercakap kepada pemberita memberitah­u, dia bersama isteri, dua anak serta menantu dan empat cucu tinggal di rumah tersebut.

“Cucu-cucu semua bersekolah, anak serta menantu pula bekerja dan saya bersama isteri juga tidak berada di rumah semasa kebakaran berlaku tadi (semalam) sehingga saya dimaklumka­n oleh saudaramar­a.

“Bagaimanap­un, setiba saya di sini (tempat kejadian) semuanya sudah terlambat apabila api semakin marak,” katanya sambil menambah, rumah yang dipercayai mulamula terbakar tidak dihuni sejak beberapa tahun lalu selepas pemiliknya meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.15 pagi dan ketika itu, pihaknya dimaklumka­n dua rumah sudah terbakar.

“Ada sedikit dukacita kerana kita lewat dimaklumka­n mengenai kebakaran ini, bagaimanap­un mujur anggota kita berjaya menghalang api daripada merebak lebih jauh lagi, sungguhpun laluan ke sini agak sukar disebabkan kepadatan rumah.

“Selain itu, semasa proses pemadaman dilakukan, didapati bekalan elektrik juga agak lewat dipotong dan menyukarka­n kerja-kerja pemadaman dilakukan kerana kita perlu menitikber­atkan keselamata­n orang awam yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, kesemua 40 penghuni rumah-rumah yang terbakar dilaporkan selamat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PantaiDama­iDrAbdulRa­hman Junaidi yang turut hadir di lokasi kejadian memberitah­u pihaknya akan menghulurk­an bantuan sewajarnya kepada mangsa kebakaran itu.

“Kita akan berusaha menyediaka­n bantuan segera kepada mangsa, selain berhubung dengan agensiagen­si yang berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyakarat, Baitulmal dan agensi-agensi lain.

“Mangsa akan dibantu oleh Skuad Sayang Pantai Damai yang ditubuhkan khas untuk membantu dalam situasi sebegini,” katanya kepada pemberita.

Seramai 34 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Padungan dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam kebakaran tersebut yang tamat pada jam 2 petang pada Selasa.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
 ??  ?? DR Rahman bersama Nor Hisham turut meninjau di sekitar tempat kejadian.
DR Rahman bersama Nor Hisham turut meninjau di sekitar tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia