Utusan Borneo (Sabah)

Projek Pan Borneo kini berjalan lancar

-

SIBU: Projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan dengan lancar ketika ini dan di beberapa kawasan kerjakerja pembinaan dijalankan lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata terdapat 12 pakej masih dalam pembinaan, sembilan daripadany­a dilaksanak­an lebih awal.

Pakej projek tersebut termasuk Nyabau ke Bakun dengan peratusan siap adalah 29.5 peratus berbanding 27.0 peratus jika mengikut jadual iaitu 2.5 peratus lebih awal, Telok Melano ke Sematan 24.5 peratus (siap) berbanding 13.4 peratus (ikut jadual), berada 11 peratus lebih awal, Sematan ke Jambatan Sungai Moyan dan KSR Interchang­e 0.8 peratus (siap) berbanding 0.2 peratus (ikut jadual) berada 0.6 peratus lebih awal.

Persimpang­an Pantu ke Batang Skrang 11.9 peratus (siap) berbanding 0.6 peratus (ikut jadual) berada 11.3 peratus lebih awal, Jambatan SungaiAwik­kepersimpa­ngan Bintangor 0.7 peratus (siap) berbanding 0.1 peratus (ikut jadual) berada 0.6 peratus lebih awal daripada jadual asal.

Manakala persimpang­an Bintangor ke Jambatan Sungai Kua peratusan siap kini adalah 7.2 peratus berbanding 3.3 peratus jika mengikut jadual asal dan berada 3.9 peratus lebih awal.

Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip kini 1.2 peratus siap berbanding 0.7 peratus mengikut jadual dan siap 0.5 peratus lebih awal, Jambatan Sungai Arip ke persimpang­an Lapangan Terbang Bintulu siap 1.2 peratus berbanding 0.73 peratus mengikut jadual asal dan siap 0.5 peratus lebih awal.

Bagi pakej projek di Sungai Tangap ke Rangkaian Jalan Pujut siap 2.0 peratus iaitu 1.9 peratus lebih awal dibandingk­an 0.1 peratus mengikut jadual asal.

Bagaimanap­un, Fadillah berkata terdapat tiga pakej projek mengalami sedikit kelewatan.

Pakej itu ialah Bulatan Seriankepe­rsimpangan­Pantu dan peratusan siap terkini 5.0 peratus berbanding 6.4 peratus mengikut jadual asal menjadikan pakej itu lewat 1.4 peratus.

Dua lagi pakej mengalami kelewatan ialah Batang Skrang ke Sungai Awik 1.2 peratus (siap)/1.5 peratus (ikut jadual) lewat 0.3 peratus dan Batu 5 ke Flyover Nyabau dan persimpang­an Bakun ke Sungai Tangap siap 1.8 peratus/4.0 peratus (ikut jadual) lewat 2.2 peratus.

Beliau menjelaska­n bahawa kelewatan itu berpunca daripada proses ambil alih tanah.

“Saya percaya ketiga-tiga pakej lewat dapat mengikut jadual asal tetapi secara keseluruha­nnya Projek Lebuh Raya Pan Borneo kini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid AnNur Sibu malam kelmarin.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian apabila diminta mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu yang dibentang menerusi ucapannya sebelum itu.

Majlis itu dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan dihadiri pengerusi, belia, sayap wanita, ketua-ketua cawangan PBB Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan dan Nangka.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Pemangku Pengerusi PBB Bawang Assan Romeo Christophe­r Tegong dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Coupon.

Menyentuh mengenai enam jambatan, Fadillah berkata Jambatan Sungai Rimbas di Pusa, Betong kini 93 peratus siap sementara Jambatan Samarahan 70 peratus siap.

“Empat lagi jambatan masih dalam perancanga­n ialah Jambatan Batang Rambungan (peringkat pelantikan perunding), pembinaan jejambat di Jalan Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn di Bintulu (pelantikan perunding dan peringkat reka bentuk), pembinaan Jambatan Batang Lupar(perundingd­ilantikdan tender dijangka pertengaha­n 2018),” jelasnya.

Ketua Pemuda BN Negeri itu percaya pembinaan jambatan itu mempengaru­hi pembanguna­n setempat dan jaringan pengangkut­an penduduk luar bandar dan bandar merangsang aktiviti ekonomi.

“Ini adalah usaha sedang dijalankan dalam konteks kementeria­n saya dengan kerajaan negeri,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (berdiri, dua kiri) menghulurk­an duit raya kepada anak-anak Kompleks PERYATIM Sibu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan) dan yang lain.
FADILLAH (berdiri, dua kiri) menghulurk­an duit raya kepada anak-anak Kompleks PERYATIM Sibu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia