Utusan Borneo (Sabah)

SHA harap sesi dialog diadakan bincang soal cukai pelanconga­n

-

KOTA KINABALU: Pengendali hotel di Sabah mula berdepan pembatalan tempahan apabila dimaklumka­n berkenaan tambahan cukai yang akan berkuatkua­sa 1 Julai depan, kata Presiden Persatuan Hotel Sabah (SHA) Christophe­r Chan.

Malah, kadar harga semasa hotel sah sehingga setahun dan tidak boleh ditukar sehingga 31 Mac 2018.

“Pembatalan tempahan mula berlaku. Dalam keadaan ini, perlukah pihak hotel mendakwa pelanggan berikutan kerugian yang ditanggung, siapa akan melindungi kami. Kami (pengendali hotel) tidak boleh mengenakan cukai harian untuk jualan bilik.

“Pihak hotel juga perlu mengemaski­ni sistem akaun bagi membolehka­n cukai pelanconga­n dimasukkan dalam sistem. Ia memerlukan perbelanja­an ribuan ringgit untuk setiap hotel, malah latihan juga perlu diberikan kepada kakitangan.

“Industri perhotelan juga perlu menanggung Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak 6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata SHA berharap agar pelaksanaa­n cukai pelanconga­n itu akan dibincangk­an melalui mesyuarat dan dialog bersama Jabatan Kastam.

Katanya Kerajaan Negeri Sabah diharap boleh membincang­kan isu itu sebelum membuat keputusan akhir mengenainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia