Utusan Borneo (Sabah)

Dua pengedar pil ecstasy ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua pengedar pil ecstasy ditahan sepasukan anggota polis selepas gagal melarikan diri dalam satu serbuan di Sadong Jaya, di sini, malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata semasa diserbu salah seorang daripada suspek bertindak melarikan diri dan berkelakua­n agresif sehingga berlakunya pergelutan antara anggota polis.

“Tindakan pantas anggota kita bagaimanap­un berjaya menahan suspek yang berumur 22 tahun bersama seorang lagi rakannya yang juga bekerja sebagai tukang masak berumur 33 tahun.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap beg suspek berjaya menjumpai satu paket plastik berisi 47 biji pil berwarna merah dipercayai pil ecstasy dan empat paket plastik berisi dadah jenis ketamin seberat 13.46 gram.

“Kesemua barangan rampasan yang dianggarka­n bernilai RM4,500 dan suspek kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah, suspek direman sehingga 17 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia