Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan bot tunda langgar syarat sah lesen

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu menahan sebuah bot tunda yang melakukan aktiviti menangkap ikan kurang 12 batu nautika di perairan Tanjung Dalit malam Rabu lalu.

Pengarah Maritim Daerah Laksamana Pertama Adam Aziz berkata bot ronda Kapal Maritim (KM) Banggi yang yang diketuai Bintara Kanan Maritim Abdul Ramzi Abdul Mahdi mengesan bot tunda nelayan tempatan terbabit pada jam 1 petang.

“Semasa diperiksa, terdapat seorang tekong bot dan enam awak-awak warga Indonesia berumur 20 hingga 56 tahun di dalam bot dan sudah melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan dua batu nautika dari Tanjung Dalit.

“Bot nelayan terbabit sepatutnya melakukan tangkapan ikan sejauh 12 batu nautika dari kawasan pantai sepertiman­a yang ditetapkan di dalam lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Adam berkata kesemua individu di dalam bot kemudianny­a ditahan dan bot tunda serta hasil tangkapan ikanyangdi­anggarkans­eberat 2,000 kilogram dibawa ke Jeti APMM Sepanggar untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Tambahnya perbuatan bot tunda menangkap ikan di kawasan pesisiran pantai dianggap serius kerana boleh menjejaska­n mata pencarian nelayan tradisiona­l selain merosakkan keindahan terumbu karang serta habitat ikan dan haiwan akuatik lain.

 ??  ?? BOT tunda yang ditahan selepas didapati menagkap ikan sejauh 2 batu nautika dari kawasan pantai Tanjung Dalit.
BOT tunda yang ditahan selepas didapati menagkap ikan sejauh 2 batu nautika dari kawasan pantai Tanjung Dalit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia