Utusan Borneo (Sabah)

Tamparuli Otw FC juara

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup CLC Tamparuli

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Tamparuli Otw FC mengunggul­i Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup CLC Tamparuli anjuran pergerakan Komulakan Upko Tuaran yang diadakan di Padang Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

Tamparuli Otw Fc berjaya meraih hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 berserta piala dan medal.

Tempat kedua menjadi milik pasukan KPL FC manakala tempat ketiga Gaya FC.

Hadiah disampaika­n oleh Pengerusi Penganjur yang juga Bendahari Komulakan Upko Tuaran Carlvin Willie Hollip kepada para pemenang.

Sebanyak 19 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Carlvin mengucapka­n terima kasih kepada Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kerana menyokong kejohanan itu.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada perasmi kejohanan Albert Bingkasan yang mewakili Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang tidak dapat hadir kerana komitmen tugas yang memerlukan beliau wajib hadir,” katanya.

Carlvin berkata aktiviti itu akan diteruskan di masa akan datang demi menggalakk­an para belia terhindar daripada aktiviti yang tidak sihat.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Komulakan CLC Tamparuli Joel Cleovine Jeffery atas sokongan dan nasihat yang diberikan.

Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada perasmi kejohanan Albert Bingkasan yang mewakili Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang tidak dapat hadir kerana komitmen tugas yang memerlukan beliau wajib hadir. CARLVIN WILLIE HOLLIP Pengerusi penganjur

 ??  ?? DUA pasukan bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir dimulakan.
DUA pasukan bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir dimulakan.
 ??  ?? CARLVIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Albert selepas majlis perasmian.
CARLVIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Albert selepas majlis perasmian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia