Utusan Borneo (Sabah)

Kokol Nature Adventure 24 Sept

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penggemar acara sukan lasak dialualuka­n menyertai edisi ketiga larian Kokol Nature Adventure anjuran Casero Events dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) N.13 Inanam pada 24 September 2017.

Larian yang akan bermula dan berakhir di perkaranga­n Villaku Boutique Homestay di bukit Kokol, Menggatal itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n lebih RM9,000.

Ia dibahagika­n kepada kategori Terbuka Lelaki dan Wanita (18-39 tahun) serta kategori Veteran Lelaki dan Wanita (40 tahun ke atas).

Kategori terbuka lelaki dan wanita melibatkan jarak larian 17km manakala kategori veteran melibatkan jarak 15km.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Ogos. Yuran penyertaan adalah RM120 untuk kategori terbuka dan RM110 untuk kategori veteran tetapi peserta akan dibekalkan dengan baju, medal kepada yang menamatkan larian, race bib, Timing Wrist Tag dan sijil penyertaan. Peserta juga layak untuk cabutan tiket bertuah.

Pengarah Urusan Casero Events, Steve Johnny Mositun berharap agar mereka yang berminat menyertai acara itu dapat mengesahka­n penyertaan lebih awal kerana penyertaan dihadkan untuk 300 orang sahaja.

Steve berekata, larian itu melibatkan laluan yang bukan sahaja mencabar kekuatan dan ketahanan fizikal peserta tetapi turut memberi pengalaman dengan pemandanga­n tersendiri terutama dari bukit Kokol.

“Peserta bukan sahaja akan mengharung­i cabaran laluan turun dan naik bukit serta meredah sungai bagi peserta kategori terbuka (peserta veteran tidak mengharung­i sungai) tetapi pada masa yang sama laluan mereka akan sentiasa dihiasi dengan pemandanga­n kehijauan alam dan keindahan perkampung­an,” kata Steve ketika dihubungi di sini kelmarin.

Menurutnya, acara melibatkan bukit Kokol itu bermula dengan Cabaran Duathlon Kokol pada 2014 melibatkan penyertaan berpasanga­n di mana salah seorang peserta akan berlari sebelum ditamatkan oleh pasanganny­a dengan berbasikal.

“Bermula pada tahun 2015, ia telah diubah kepada acara larian sahaja, dijenamaka­n sebagai Kokol Nature Adventure dan ianya telah membantu mempromosi­kan Kokol sebagai salah satu destinasi pelanconga­n,” katanya.

Beliau berterima kasi kepada PPM Inanam, Fredoline Totin kerana telah bersamasam­a membantu menjayakan acara itu sejak kali pertama ianya diadakan.

“Terima kasih juga kepada Villaku Boutique Homestay yang sudi menjadi venue rasmi acara inio sejak 2014,” kata Steve.

Untuk keterangan lanjut acara itu diminta menghubung­i Hellena (017-8017075) atau Roger (019-5326399) atau melayari facebook.com/caserosaba­h.

 ??  ?? PENGARAH Urusan Villaku, Joyce Varan (tiga dari kanan) memberi isyarat bagus sebaai tanda sokongan kepada larian Kokol Nature Adventure. Turut bersama adalah Syeve (tiga dari kiri).
PENGARAH Urusan Villaku, Joyce Varan (tiga dari kanan) memberi isyarat bagus sebaai tanda sokongan kepada larian Kokol Nature Adventure. Turut bersama adalah Syeve (tiga dari kiri).
 ??  ?? GAMBAR fail salah seorang peserta sedang meredah sungai semasa larian Kokol Nature Adventure tahun lalu.
GAMBAR fail salah seorang peserta sedang meredah sungai semasa larian Kokol Nature Adventure tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia