Utusan Borneo (Sabah)

Lubnan kalahkan M’sia 2-1

Perlawanan kelayakan Piala Asia Kumpulan B

-

JOHOR BAHRU: Malaysia gagal memanfaatk­an kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Lubnan 1-2 padaperlaw­ananKelaya­kan Piala Asia 2019, Kumpulan B di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, di sini pada Selasa.

Harimau Malaya menyumbat gol awal permainan pada minit ke-42 melalui tendangan Mahali Jasuli selepas bola terlepas daripada genggaman penjaga gol Lubnan Mehdi Kahlil apabila cuba menyelamat­kan gawangnya daripada sepakan Mohd Syazwan Zainon.

Bagaimanap­un, Lubnan menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi tendangan yang mengeliruk­an di sebelah kiri gawang oleh pemain tengahnya Rabih Ataya yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan Mohd Khalid.

Ataya menjaringk­an gol kemenangan buat Lubnan pada masa kecederaan di babak kedua menerusi tendangan leret dan sekali gus mematahkan harapan skuad Harimau Malaya untuk bangkit menyamakan kedudukan. Dengan kemenangan malam ini, Lubnan menjadikan pendahuluK­umpulan B dengan mengutip enam mata. -Bernama

 ??  ?? PENJAGA gol Malaysia Khairulazh­an Mohd Khalid cuba menahan asakan pemain Lebanon pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin kelmarin. -Gambar Bernama
PENJAGA gol Malaysia Khairulazh­an Mohd Khalid cuba menahan asakan pemain Lebanon pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia