Utusan Borneo (Sabah)

Polis tangkap pengedar, lima penagih, rampas motosikal curi

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Ops Sarang kelima Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud berjaya mengangkap seorang pengedar dadah, lima penagih dan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang disyaki terlibat mencuri motosikal di Masjid Pekan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata operasi itu telah dilaksanak­an oleh semua cawangan IPD Kota Belud dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Sabtu lepas.

“Operasi itu telah bermula jam 2 hingga 10 pagi yang melibatkan beberapa kampung. Ops Sarang itu berjaya menangkap seorang pengedar dan lima penagih beserta seorang lagi kerana disyaki terlibat dengan kes curi motosikal milik seseorang yang sedang bersolat Magrib di Masjid Pekan minggu lalu,” katanya.

Menurut beliau semasa Ops Sarang, anggota polis turut merampas 5.08 gram dadah disyaki syabu, sebuah motosikal Demak 125cc serta sebilah parang panjang yang telah diubah suai.

Pengedar terbabit disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) manakala lima orang lagi disiasat mengikut Seksyen 3(1) APD 1983 (Rawatan dan Pemulihan) oleh pihak AADK.

Zai di berkata seorang lelaki lagi yang ditangkap kerana memiliki sebilah parang panjang yang telah diubah suai dan disyaki terlibat kes curi motosikal disiasat mengikut Seksyen7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Katanya operasi itu akan diteruskan bagi membantera­s kegiatan dadah dan mengurangk­an kes jenayah di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a demi kesejahter­aan dan keamanan masyarakat setempat.

 ??  ?? ZAIDI (tengah) bersama anggota lain memperliha­tkan hasil Ops Sarang kelima di Kota Belud.
ZAIDI (tengah) bersama anggota lain memperliha­tkan hasil Ops Sarang kelima di Kota Belud.
 ??  ?? ZAIDI (dua kanan) menunjukka­n rampasan motosikal Demak 125cc yang dicuri di Masjid Pekan Kota Belud.
ZAIDI (dua kanan) menunjukka­n rampasan motosikal Demak 125cc yang dicuri di Masjid Pekan Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia