Utusan Borneo (Sabah)

Sorotan perjalanan Wira & Wirawati Petugas MRT

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

DIDORONG minat yang mendalam serta keinginan untuk memperbaik­i sistem infrastruk­tur negara ke arah lebih baik, Ahmad Faizuddin Abu Bakar sanggup melupakan hasrat bekerja secara selesa di dalam ruang pejabat berhawa dingin.

Berasal dari Besut Terengganu, Ahmad Faizuddin yang mesra disapa Faizuddin lebih rela mengerah kudratnya bekerja di dalam terowong bawah untuk projek Transit Aliran Massa (MRT).

Menyorot kembali sejarah kewujudan MRT, projek perkhidmat­an awam itu pada asalnya telah dicadangka­n MMC Gamuda pada awal 2010 membabitka­n tiga jajaran yang dikaji SPAD dan menjadikan­nya sebahagian daripada Rangkaian Kereta Api Bersepadu Lembah Klang.

Selepas kajian terperinci dilaksanak­an, kerajaan kemudianny­a telah meluluskan pelaksanaa­n jajaran MRT Sungai BulohKajan­g (SBK) sebagai jajaran pertama sistem MRT Lembah Kelang (KVMRT) pada Disember 2010 melibatkan jarak sepanjang 51 kilometer (km).

Projek MRT SBK kemudianny­a telah dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Julai 2011 dengan Fasa 1 siap pada Disember 2016 dan Fasa 2 siap pada Julai 2017.

Jajaran kedua KVMRT pula melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sejauh 52.2km dengan pembinaann­ya bermula pada 15 September lalu, manakala jajaran ketiga belum lagi dimuktamad­kan kerana masih dalam peringkat kajian kebolehlak­sanaan.

Projek KVMRT merupakan sebuah Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Ia juga merupakan salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dan dilaksanak­an oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Berbalik kepada Faizuddin, dia yang merupakan Jurutera Kanan MMC Gamuda mendapat pendidikan tinggi dalam bidang kejurutera­an di Imperial College di bawah tajaan biasiswa daripada Yayasan Terengganu.

Peluang kerjaya pertamanya dalam bidang elektrikal diperoleh menerusi Program Graduan Gamuda yang merangkumi latihan teknikal selama setahun.

Faizuddin berkata, beliau menyertai MMC Gamuda pada pertengaha­n tahun 2013 dan ada segelintir saudara-maranya yang beranggapa­n kerja beliau hanya mengorek tanah secara manual di terowong tempat kerja.

“Namun begitu, ternyata mereka silap, sebagai seorang jurutera kanan, saya memikul tanggungja­wab besar kerana skop kerja yang perlu meneliti pelan dan memastikan pembinaan yang dijalankan mengikut spesifikas­i yang dinyatakan.

“Walaupun pada mulanya agak susah kerana saya perlu meneliti keseluruha­n aspek pelan elektrikal stesen MRT yang disediakan oleh jururundin­g kerana ia membabitka­n operasi yang sangat rumit serta teknikal. “Bagaimanap­un, dengan pengalaman lebih daripada empat tahun, saya sudah memahami keseluruha­n pelan elektrikal dan kecekapan saya meningkat dari semasa ke semasa. Kini, saya boleh mengenal pasti sebarang masalah jika di lapangan atau pengubahsu­aian yang perlu dilakukan terhadap sistem pembekalan elektrik sebaik melihat pelan daripada jururundin­g,” katanya. Tambah Faizuddin lagi, beliau amat berbangga dengan pekerjaann­ya dan sering memberitah­u sahabat rakan-rakan universiti­nya bahawa dia bekerja untuk projek pengangkut­an awam yang terbesar di negara ini. “Waktu melanjutka­n pelajaran di London dulu, saya sangat berminat dengan kepentinga­n pengangkut­an awam di sana dan berharap Malaysia akan turut mengikuti jejak langkah pengangkut­an awam di London satu hari nanti. “Ibarat impian menjadi kenyataan, saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek pengangkut­an awam terbesar di negara ini,” katanya.

Stesen MRT dilengkapi dengan teknologi pintar

Bagi Ruslan Mohamed

yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Mekanikal dan Elektrikal (M&E) MMC Gamuda jajaran pertama, beliau teruja bekerja dengan projek MRT kerana banyak sebab.

Salah satunya ialah kerana beliau merupakan kumpulan sulung kakitangan yang bekerja di MRT jajaran pertama untuk dihantar ke Schwanau, Jerman bagi mendapatka­n pengetahua­n mengenai operasi Mesin Terowong (TBM) Ketumpatan Berubah.

“Seramai lima daripada kami telah dihantar untuk latihan selama sebulan. Saya sangat bersyukur kerana peluang untuk menimba pengalaman dan ilmu mengenai TBM di Jerman.

“Sebagai seorang Ketua Bahagian (M&E), saya ditugas melaksanak­an projek menerusi reka bentuk pelan dan pasukan teknikal, di mana saya mengendali­kan operasi serta menyelaras segalanya dengan pembekal dan kontraktor untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan dalam kos dan tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n stesen tersebut dibina menggunaka­n teknologi pintar yang mana kesemuanya dikawal melalui sistem komunikasi dari pusat kawalan induk.

Contohnya, pekerja tidak perlu lagi pergi ke stesen tertentu untuk menghidupk­an lampu kerana ia boleh dilakukan dengan hanya satu butang dari pusat kawalan.

“Walaupun saya mempunyai pengalaman bekerja selama 20 tahun dalam sektor Mekanikal dan Elektrikal (M&E), namun bekerja untuk projek besar seperti MRT ini adalah saat paling berharga buat diri saya.

“Ini kerana saya banyak menimba pengalaman baharu terutamany­a berkaitan dengan cara kerja terowong. Bekerja di bawah tanah sangat mencabar kerana ruang yang terhad dan kami perlu berhati-hati agar dapat mengelak sebarang kemalangan daripada berlaku,” katanya. Kini, dengan MRT yang dijangka siap dalam berapa minggu lagi, Ruslan sedang melakukan kerja-kerja penyelenga­raan dan pentauliah­an di jajaran pertama. Bila ditanya tentang adakah beliau akan terlibat dengan projek jajaran kedua, Ruslan menjawab dengan yakin yang beliau akan menyertai projek tersebut.

Noor Affida buktikan wanita juga mampu menjadi seorang jurutera berjaya

Kejurutera­an sering kali dianggap sebagai bidang yang dikuasai lelaki namun lain kisahnya bagi Noor Affida Raffika Mohd Nazari, 29, yang merupakan salah seorang penerima biasiswa Gamuda yang melanjutka­n pelajarany­a dalam bidang jurutera.

Beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi jurutera sejak kecil lagi dan menyertai syarikat itu selepas tamat pengajiann­ya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat.

Kini, anak jati Georgetown, Pulau Pinang ini mampu berbangga kerana menjadi Ketua Bahagian bagi memantau keseluruha­n operasi stesen MRT KLCC. Sebelum ditugaskan di KLCC, dia telah ditempatka­n di Stesen Maluri semasa pembinaan MRT jajaran pertama selama empat tahun.

“Semangat serta keinginan yang tinggi mendorong saya mengejar cita-cita menjadi jurutera dan berada di tempat saya sekarang.

“Pada mulanya saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaik­an diri dengan industri pembinaan yang didominasi lelaki, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan. Bagi saya, wanita juga boleh melakukan apa sahaja yang lelaki boleh lakukan.

“MMC Gamuda beri peluang untuk saya timba pengalaman dan kemahiran dalam bidang kejurutera­an sepanjang tempoh lima tahun saya bekerja di sini,” katanya.

Keluar dari zon selesa

Berlainan pula kisahnya dengan Arziah Mohd Ahsim apabila ditawarkan untuk bekerja sebagai Tenaga Pengajar Khas MMC Gamuda bagi projek MRT.

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui tidak yakin dapat menggalas tanggungja­wab tersebut, namun tunjuk ajar serta kepercayaa­n yang diberikan penyeliany­a mengubah situasi berkenaan dan beliau berjaya keluar dari zon selesa.

Tugasnya sebagai pakar pengajar termasukla­h menjalanka­n latihan untuk semua kakitangan yang bekerja di stesen bawah tanah MRT jajaran pertama.

Namun begitu, minat mendalam terhadap kerja beliau menguatkan lagi semangat untuk Arziah berkecimpu­ng dalam industri ini sekali gus memikul tanggungja­wab penting dalam projek MRT.

Arziah yang berasal dari Mukah, Sarawak berkata, untuk latihan ini, ia melibatkan dua peringkat iaitu pertama melibatkan memadam kebakaran percikan api yang mana kebakaran akan berlaku di ruang yang terhad (flashover).

“Latihan ini juga memberi fokus pada penyediaan persekitar­an memadam kebakaran secara realistik dengan menyaksika­n pertumbuha­n api dari peringkat penyalaan paling awal sehingga ke pembakaran penuh, selain berupaya mengalami tanda-tanda, gejala dan menyaksika­n fenomena ‘backdraft.’

“Manakala peringkat yang kedua pula melibatkan fenomena senario kebakaran dalam terowong. Saya akan mengendali­kan latihan kebakaran seminggu sekali setiap Selasa dan membawa 10 pelatih bersama saya,” katanya.

Dengan usaha gigih dan tabah, kini, Arziah memiliki kelebihan dan kelayakan yang membanggak­an kerana beliau merupakan pelatih wanita yang pertama untuk latihan “flashover” di Malaysia.

Beliau juga lebih berkeyakin­an selepas jurutera dan pengurus projek MRT memberikan lebih perhatian kepada peraturan pengurusan apabila diberitahu bahawa kebakaran boleh tercetus daripada api kecil dan perkara yang tidak diduga.

Tambahnya, latihan kebakaran bawah tanah itu menggunaka­n api sebenar.

Kesimpulan­nya, projek MRT ini bukan sahaja satu penambahan kepada infrastruk­tur pengangkut­an awam di negara ini, bahkan telah melahirkan bakat-bakat yang mampu memacu pembanguna­n negara tanpa mengira jantina dan bangsa.

 ??  ?? SAHUT CABARAN: (Dari kiri) Faizuddin, Arziah dan Ruslan keluar dari zon selesa menyahut cabaran bekerja di terowong bawah tanah.
SAHUT CABARAN: (Dari kiri) Faizuddin, Arziah dan Ruslan keluar dari zon selesa menyahut cabaran bekerja di terowong bawah tanah.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB BESAR: Sebagai Tenaga Pengajar Khas MMC Gamuda, Arziah akan mengendali­kan latihan kebakaran seminggu sekali setiap Selasa dan membawa 10 orang pelatih bersamanya.
TANGGUNGJA­WAB BESAR: Sebagai Tenaga Pengajar Khas MMC Gamuda, Arziah akan mengendali­kan latihan kebakaran seminggu sekali setiap Selasa dan membawa 10 orang pelatih bersamanya.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Noor Affida (tengah) bersama jurutera pembinaan stesen MRT yang lain menyenggar­a kerja terakhir bagi fasa kedua sistem pengangkut­an itu sebelum dibuka secara rasmi Julai ini.
BERSEMANGA­T: Noor Affida (tengah) bersama jurutera pembinaan stesen MRT yang lain menyenggar­a kerja terakhir bagi fasa kedua sistem pengangkut­an itu sebelum dibuka secara rasmi Julai ini.
 ??  ?? PINTAR: Stesen MRT yang siap sepenuhnya menghubung­kan dengan IKEA MyTown Cochrane.
PINTAR: Stesen MRT yang siap sepenuhnya menghubung­kan dengan IKEA MyTown Cochrane.
 ??  ?? TAKLIMAT: Noor Affida (kiri) memberikan taklimat pada petugas MRT yang lain.
TAKLIMAT: Noor Affida (kiri) memberikan taklimat pada petugas MRT yang lain.
 ??  ?? TERUJA: Jurutera dan petugas MRT di stesen Merdeka.
TERUJA: Jurutera dan petugas MRT di stesen Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia