Utusan Borneo (Sabah)

KKSS rancang Kayuhan Amal Rentas Asia 2018

KKSS rancang Program Kayuhan Amal Rentas Asia 2018

- Oleh SALMAN ABADI

KELAB Kembara Sabhan Sabah (KKSS) telah ditubuhkan pada 20 Januari 2017 dengan jumlah keahlianny­a pada masa kini ialah seramai 60 orang dari pelbagai daerah di Sabah.

Sebagai kelab yang mementingk­an kesejahter­aan alam sejagat, kelab ini memilih untuk menggunaka­n basikal sebagai kenderaan atau pengangkut­an dalam pelaksanaa­n pelbagai program yang telah, sedang dan akan dirancang untuk dilaksanak­an.

Program atau aktiviti yang dilaksanak­an berfokus kepada kerja amal khususnya menjejaki rumah-rumah anak yatim di seluruh pelosok negeri ini untuk mepaikan nyampaikan sumbangan amal berkonkan sepkan ‘berkayuh sambil beramal’. Walaupun penubuhan KKSS baharu mencecah usia enam bulan, namun kepimpinan yang mantap serta komitmen tinggi dalam kalangan para ahlinya, kelab ini mempunyai visi dan misi yang amat besar untuk direalisas­ikan pada tahun depan (2018). KKSS sedang merancang untuk menganjurk­an Program Kayuhan Amal ke Rumah Anak Yatim Rentas Asia, bermula dari Kota Kinabalu hingga ke Makkah. Pengerusi KKSS Haji Mohd Sayuti Abdullah berkata setakat ini pihaknya telah melaksanak­an pelbagai program kembara dan kayuhan amal ke beberapa daerah di Sabah.

Katanya ia bermula dengan mengadakan Program Kembara Berbasikal dari Kota Kinabalu ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat pada 1719 Mac 2017, merentasi daerah Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Matunggong, sebelum sampai ke Kudat.

Pihak rombongan kelab KKSS juga telah mengadakan tiga siri Program Kayuhan Amal iaitu ke Rumah Anak Yatim Al Yakin di Sandakan pada 9 April 2017, Kayuhan Amal ke Rumah Amal Soleh dan Solehah Lahad Datu serta Rumah Asnaf Lahad Datu pada 24 April 2017 dan Kayuhan Amal ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Papar pada 29 April 2017.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pihak KKSS turut mengadakan aktiviti amal dengan mengadakan Program Kayuhan Amal ke Home Tuaran iaitu Rumah Anak Yatim dan Miskin di Pekan Tuaran, Sabtu lalu.

Memandangk­an aktiviti diadakan sempena bulan puasa, maka ahli rombongan kelab hanya mengadakan kayuhan berbasikal dari simpang jalan besar (Jalan Tuaran-Kota Belud) menuju ke Kampung Kota Tuaran.

Sempena program kayuhan amal kali ini, pihak rombongan KKSS yang diketuai sendiri oleh Mohd Sayuti telah menyerahka­n sumbangan berupa kuih Hari Raya kepada pihak pengurusan Home Tuaran dan juga duit raya kepada seramai 18 anak yatim dan miskin yang menghuni Home Tuaran.

Mohd Sayuti berkata aktiviti kayuhan amal ke Home Tuaran merupakan sebahagian daripada siri Program Kayuhan Amal KKSS ke rumah-rumah anak yatim di negeri Sabah pada tahun ini.

Antara ahli KKSS yang terlibat menjayakan kayuhan amal ke Home Tuaran ialah Matlani Kili, Cikgu Simlen Latip, Mohd Rafflie, Ustaz Mohd Erwandy dan Ifwat Huzaifah. Sementara itu, Pengurus Home Tuaran Hajah Junaidah Haji Hassan merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak KKSS kerana sudi ‘berkunjung’ ke Rumah Anak Yatim itu untuk menyampaik­an sumbangan amal, khususnya sempena bulan Ramadan ini.

Katanya sumbangan yang diterima amat besar nilai dan maknanya kepada pihak Home Tuaran terutamany­a kepada 18 penghuni di rumah terbabit.

“Sumbangan bukan sahaja dapat menceriaka­n lagi suasana dan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, tetapi juga membuktika­n masih banyak pihak atau organisasi di luar sana yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan anak yatim dan miskin yang amat memerlukan perhatian warga masyarakat yang prihatin dan penyayang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Sayuti menjelaska­n pihak KKSS sedang merancang menganjurk­an Kayuhan Amal ke Rumah Anak Yatim Rentas Asia bermula dari Kota Kinabalu hingga ke Makkah pada awal 2018.

Beliau berkata Program Kayuhan ke Rumah Anak Yatim Rentas Asia 2018 bertujuan menghantar mesej kepada masyarakat dunia agar memberi perhatian kepada kebajikan anak yatim.

“Berdasarka­n statistik Unicef 2016, dianggarka­n seramai 60 juta anak yatim di Asia dan ia merupakan jumlah tertinggi berbanding benua yang lain,” katanya.

Katanya bagi membantu menampung sebahagian kos pelaksanaa­n Program Kayuhan Amal Ke Rumah Yatim Rentas Asia 2018, pihak KKSS menjual poskad edisi khas, selain mengharapk­an sumbangan (tajaan) pelbagai pihak yang prihatin.

Mereka yang berminat menghulurk­an sumbangan untuk membantu menjayakan program murni itu, boleh melayari Facebook/KelabKemba­raSabhan.

Program atau aktiviti yang dilaksanak­an berfokus kepada kerja amal khususnya menjejaki rumahrumah anak yatim di seluruh pelosok negeri ini untuk menyampaik­an sumbangan amal berkonsepk­an ‘berkayuh sambil beramal’.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD SAYUTI (duduk, tiga kiri) dan ahli KKSS bergambar kenangan bersama Junaidah (berdiri, tengah) dan kakitangan serta 18 anak yatim di Home Tuaran.
MOHD SAYUTI (duduk, tiga kiri) dan ahli KKSS bergambar kenangan bersama Junaidah (berdiri, tengah) dan kakitangan serta 18 anak yatim di Home Tuaran.
 ??  ?? MOHD SAYUTI (kiri) bersama Ustaz Ridwan Firdaus menyerahka­n duit raya kepada 18 anak yatim dan miskin di Home Tuaran.
MOHD SAYUTI (kiri) bersama Ustaz Ridwan Firdaus menyerahka­n duit raya kepada 18 anak yatim dan miskin di Home Tuaran.
 ??  ?? IFWAT beramah mesra dan memberi motivasi kepada anakanak yatim di Home Tuaran pada Program Kayuhan Amal sempena Ramadan.
IFWAT beramah mesra dan memberi motivasi kepada anakanak yatim di Home Tuaran pada Program Kayuhan Amal sempena Ramadan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN rombongan ahli KKSS. Dari kiri: Matlani, Simlen, Mohd Rafflie, Mohd Erwandy, Mohd Sayuti dan Ifwat.
SEBAHAGIAN rombongan ahli KKSS. Dari kiri: Matlani, Simlen, Mohd Rafflie, Mohd Erwandy, Mohd Sayuti dan Ifwat.
 ??  ?? MOHD SAYUTI menyampaik­an cenderamat­a dari KKSS kepada Junaidah.
MOHD SAYUTI menyampaik­an cenderamat­a dari KKSS kepada Junaidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia