Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bersenjata samurai larikan wang tunai dan telefon bimbit

Larikan RM1,500 dan empat telefon bimbit

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua lelaki bertopeng bersenjata samuraimel­arikanRM1,500 dan empat unit telefon bimbit di kaunter sebuah hotel di Batu 6, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihak polis telah menerima aduan tentang satu kes samun berkawan menggunaka­n senjata kirakira jam 1.45 pagi.

Dalam kejadian jam 12.11 pagi itu, pengadu seorang wanita berusia 24 tahun yang merupakan staf hotel terbabit ditemani adik perempuann­ya ketika sedang bertugas syif malam di kaunter hotel berkenaan telah mendengar bunyi bising di bahagian luar kaunter hotel.

“Apabila pengadu dan adiknya keluar, mereka dapati ada seorang lelaki yang memakai penutup muka dengan menggunaka­n senjata samurai meluru masuk ke pejabat hotel dan mengacukan senjata pada mangsa dan adiknya lalu mengarahka­n mereka mengeluark­an semua barang yang dimiliki.

“Selang dua minit, seorang lagi rakan suspek yang juga memakai penutup muka masuk. Mangsa yang ketakutan terus menyerahka­n peti simpanan hotel mengandung­i wang tunai RM1,500 bersama empat unit telefon bimbit kepada kedua-dua suspek yang dianggarka­n kerugian berjumlah RM3,500,” katanya.

Beliau berkata semasa kedua-dua suspek berbincang, mangsa dan adiknya yang ketakutan terus melarikan diri masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu.

Setelah kedua-dua suspek melarikan diri dari hotel, barulah mangsa dan adiknya keluar memaklumka­n kejadian itu kepada pengawal keselamata­n dan pihak polis.

Semasa kejadian, katanya, pengawal keselamata­n berada di belakang bangunan hotel dan insiden itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) hotel. Kedua-dua suspek yg berumur dalam lingkungan 20an memakai penutup muka.

Azhar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliaumeny­eruorangra­mai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil membantu pihak polis dengan berhubung terus kepada Pegawai Penyiasat Insp Rajis Taruti di talian 089-242222 atau 0193538505.

“Apabila

pengadu dan adiknya keluar, mereka dapati ada seorang lelaki yang memakai penutup muka dengan menggunaka­n senjata samurai meluru masuk ke pejabat hotel dan mengacukan senjata pada mangsa dan adiknya lalu mengarahka­n mereka mengeluark­an semua barang yang dimiliki. ” ASISTEN KOMISIONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia