Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan tanpa tindakan jejas reputasi dan kredibilit­i DoJ

Dakwaan tanpa tindakan jejas reputasi dan kredibilit­i DoJ

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein kelmarin menuntut Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat supaya mengemukak­an bukti bagi menyokong dakwaan terbaru mereka berkait isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Katanya tanpa mengemukak­an bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya

akan menjejaska­n reputasi dan kredibilit­i DoJ.

“Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masingmasi­ng.

“Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibilit­i DoJ itu sendiri boleh dipertikai­kan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha Umno bahagian di sini, kelmarin.

Beliau berkata sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan ‘menangguk di air keruh’ dengan menggunaka­n kenyataan DoJ untuk kepentinga­n politik mereka.

Hishammudd­in merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatka­n semula aset-aset yang didakwa diseleweng­kan daripada 1MDB.

Ditanya sejauh mana dakwaan terbaru DoJ akan memberi kesan kepada Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Hishammudd­in, yang juga Naib Presiden Umno berkata rakyat yang akan menentukan­nya.

Katanya walaupun terdapat banyak isu berkaitan nasional pada hari ini, masyarakat di peringkat akar umbi mahu melihat nasib mereka terbela di peringkat setempat.

“Pengundi mahu nasib mereka terbela dan bagi mereka masalah setempat lebih penting, saya yakin dengan cara dekati rakyat yang betul kami pasti boleh melawan kenyataan DoJ,” katanya. - Bernama

“Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan ” nama masing- masing. DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN Menteri Pertahanan

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN bersama Setiausaha Umno Bahagian pada Majlis Taklimat Buku Panduan Pilihan Raya Umum ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. - Bernama
HISHAMMUDD­IN bersama Setiausaha Umno Bahagian pada Majlis Taklimat Buku Panduan Pilihan Raya Umum ke-14 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin. - Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia