Utusan Borneo (Sabah)

Berkongsi nikmat bulan Ramadan

UMS beri bantuan kepada ahli Peroda terpilih

- Oleh ALFRED PETRUS

“Kita menghormat­i Ramadan sebagai bulan yang mulia kerana bulan ini adalah nikmat yang boleh dikongsi bersama-sama ” insan yang istimewa ini. PROF MADYA DR MOHD. DAHLAN A MALEK Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS

KOTA KINABALU: Inisiatif Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberikan khidmat masyarakat pelbagai bentuk kepada orang kelainan upaya (OKU) melalui Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu (Peroda).

Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS Prof Madya Dr Mohd. Dahlan A Malek berkata inisiatif berkenaan adalah bagi berkongsi nikmat bulan Ramadan dengan warga OKU.

“Kita menghormat­i Ramadan sebagai bulan yang mulia kerana bulan ini adalah nikmat yang boleh dikongsi bersama-sama insan yang istimewa ini.

“Kita akan adakan program sebegini dengan lebih banyak lagi untuk menolong rakanrakan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Peroda, di sini, Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Fakilti Psikologi dan Pendidikan melalui Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPSIKS) UMS bekerjasam­a dengan beberapa organisasi bagi memberi bantuan kepada dua ahli Peroda yang terpilih dalam bentuk kewangan, bantuan makanan, keperluan dan barang harian.

Sementara itu, penerima Arby Rodziary Arifin berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan berkenaan.

“Saya rasa bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang penerima sumbangan ikhlas pada majis berbuka puasa ini. Saya juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada para penyumbang di atas sumbangan yang telah diberikan.

“Dengan jasa ini, saya rasa lebih dihargai oleh masyarakat kerana sudi meraikan golongan istimewa seperti kami,” katanya.

Sanawiah Lanong yang juga penerima yang terpilih berasa sangat gembira kerana dapat bersama-sama masyarakat lain serta anak-anaknya keluar untuk melihat suasana di luar rumah.

 ??  ?? ARBY (kiri) menerima sumbangan daripada pihak universiti sambil diperhatik­an oleh Dahlan (tengah).
ARBY (kiri) menerima sumbangan daripada pihak universiti sambil diperhatik­an oleh Dahlan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia