Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh perpaduan dan persefaham­an

- Oleh YAP SIONG HAN

BEAUFORT: Umat Islam digalakkan untuk terus memperkuku­hkan perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat setempat selain mengimarah­kan masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.

Presiden Persatuan Bersatu Bisaya Sabah (PBBS) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata perpaduan yang sentiasa terjalin antara masyarakat itu bukan hanya tertumpu kepada umat Islam namun merangkumi individu yang bukan beragama Islam.

“Sudah pasti perpaduan dan persefaham­an antara masyarakat Islam mahupun bukan Islam itu penting bagi membolehka­n rakyat dapat terus menikmati kesejahter­aan dan juga keharmonia­n.

“Kehadiran penduduk setempat yang ramai pada program ziarah Ramadan malam ini memberi petanda baik bahawa perpaduan masyarakat terus meningkat,” katanya ketika berucap pada program Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Lubak, malam Sabtu lalu.

Lajim yang juga Adun Klias berkata masjid dan surau juga perlu dijadikan sebagai lokasi aktiviti yang bermanfaat selain mengelakka­n perpecahan atau perbalahan dalam kalangan umat Islam.

“Jangan jadikan masjid atau surau sebagai ruang untuk mewujudkan perpecahan atau perbalahan, perkara seperti ini perlu sentiasa ditangani oleh pemimpin masyarakat di peringkat kampung.

“Rumah ibadat ini juga adalah pentas terbaik kepada penduduk kampung untuk berkumpul dan membincang­kan pelbagai perkara yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu, pada program ziarah itu, Lajim bekesempat­an menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk kampung.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal serta menyerahka­n duit raya kepada kanakkanak yang hadir.

 ??  ?? LAJIM (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.
LAJIM (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia