Utusan Borneo (Sabah)

Tampung kegunaan berkaitan masjid

RM50,000 diperuntuk kepada Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

“Inilah tradisi Umno Libaran yang memanfaatk­an bulan Ramadan dengan mengeratka­n ukhuwah dan persaudara­an sesama umat Islam bukan sahaja di kawasan ” Libaran tetapi di seluruh negeri. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

SANDAKAN: Sebanyak RM50,000 telah diperuntuk­kan kerajaan negeri untuk disalurkan kepada Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam yang terletak di Batu 7, di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata peruntukan diberikan bagi menampung sebarang kegunaan berkaitan masjid termasuk penyediaan alat penghawa dingin yang telah dimohon oleh jawatankua­sa masjid.

Beliau berkata pembinaan masjid yang besar dan indah itu amat dihargai kerana telah banyak membantu menampung jemaah Islam terutama pada setiap Jumaat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Ramadan di masjid berkenaan. Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

Pada majlis itu, seramai 1,300 orang telah menerima bantuan Ramadan dan zakat yang disampaika­n oleh Musa.

Sementara itu, Musa berkata dalam menjalani ibadah puasa, pihaknya meneruskan usaha turun padang untuk berjumpa rakyat sekaligus melaksanak­an amal kebajikan terhadap golongan memerlukan.

Beliau berharap bantuan diberi akan membantu meringanka­n beban rakyat terutama sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Inilah tradisi Umno Libaran yang memanfaatk­an bulan Ramadan dengan mengeratka­n ukhuwah dan persaudara­an sesama umat Islam bukan sahaja di kawasan Libaran tetapi di seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, seramai 1,385 orang di Pulau Nunuyan telah menerima bantuan Ramadan dan zakat yang disampaika­n oleh Musa.

Beliau berkata penduduk di pulau berkenaan tidak pernah dilupakan sebaliknya tanggungja­wab untuk membantu mereka tetap diberi keutamaan.

Beliau juga berkata aspek pembanguna­n di pulau itu turut diberi perhatian termasuk usaha membaikpul­ih rumah-rumah yang usang, mempercepa­tkan penyaluran bekalan air bersih ke kampung itu serta membantu nelayan dalam penangkapa­n udang.

 ??  ?? MUSA menyampaik­an bantuan kepada golongan kelainan upaya.
MUSA menyampaik­an bantuan kepada golongan kelainan upaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia