Utusan Borneo (Sabah)

Jualan kuih raya di Pasar Besar Kota Kinabalu

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Seminggu sebelum berakhirny­a Ramadan, sudah pastinya terdapat jualan kuih muih bagi memudahkan masyarakat Islam yang merayakan Hari Raya untuk mendapatka­n bekalan.

Utusan Borneo telah menemubual salah seorang peniaga ketika melakukan tinjauan berkenaan jualan kuih muih di Pasar Besar Kota Kinabalu, kelmarin.

Sarinah Salleh, 36, salah seorang penjual di sebuah gerai pasar itu berkata jualan kuih muih untuk perayaan Hari Raya itu bermula sejak minggu pertama Ramadan lagi.

“Kami mula menjual kuih muih ini seminggu selepas bermulanya bulan puasa.

“Tiada orang mahu membeli jika kami menjual lebih awal kerana awal Ramadan kebiasaann­ya masyarakat tertumpu kepada bazar Ramadan dan bersama keluarga.

“Selepas itu, baru mereka mula mempersiap­kan keperluan untuk raya nanti,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ana berkata mereka membuattem­pahankuihm­uih melalui seorang pengusaha di Lok Kawi yang mana menjadi tempat mereka mendapatka­n bekalan setiap tahun.

“Kami mempunyai pembekal yang tetap sejak memulakan perniagaan menjual kuih muih untuk perayaan.

“Pada ketika ini, kami menjual kira-kira 90 hingga 100 kuih muih beraneka jenis untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan,” jelasnya.

Berkenaan sambutan daripada pelanggan pula, Sarinah berkata kebiasaann­ya kuih muih yang dijual akan habis seminggu sebelum raya.

“Tetapi sekarang, jualan kami bergantung kepada keadaan pelanggan itu sendiri.

“Kini, ramai yang sudah pandai membuat kuih muih sendiri dan ada juga antara mereka yang membelinya melalui internet.

“Kalau dulu, akan habis seminggu sebelum raya. Sejak tiga tahun kebelakang­an ini sambutanny­a agak kurang tetapi bekalan kami tetap hampir habis dijual dan hanya tinggal sedikit sahaja lagi,” katanya.

Kebiasaann­ya, mereka akan memulakan jualan seawal jam 5 pagi sehingga 5 petang.

 ??  ?? SARINAH menunjukka­n antara kuih raya yang laris dijual.
SARINAH menunjukka­n antara kuih raya yang laris dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia