Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno Silam agih 350 bungkus bubur

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pergerakan Puteri Umno Bahagian Silam mengagihka­n 350 bungkus bubur kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pengguna jalan raya di sini, kelmarin.

Ketuanya Zuraidah Asdain berkata program itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan seterusnya mendekati mereka pada bulan Ramadan.

“Selain itu, ia juga untuk mendedahka­n pengalaman baharu kepada ahli puteri dan seterusnya dapat menyemai nilai-nilai murni serta mengimarah­kan Ramadan dengan nawaitu beramaliba­dat,” katanya di sini kelmarin.

Zuraidah berkata program itu diadakan selaras dengan aspirasi Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mahu semua anggota sayap itu merealisas­ikan aspirasi kerajaan dan meningkat usaha mendekati rakyat.

Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal turut turun padang menyertai program itu dan menyempurn­akan penyerahan bantuan kepada anggota PGA di kem markas askar dan PGA.

Ahli Puteri yang terlibat menyediaka­n bubur secara gotong royong dan membungkus­nya sebelum dibawa ke lokasi agihan di Jalan Seri Perdana bermula jam 4 hingga 5 petang.

Pengguna jalan raya, Ilham Kassim, 30, ketika ditemui bersyukur kerana mendapat sumbangan bubur itu.

“Saya dalam perjalanan menuju ke Balung dari Kota Kinabalu. Dengan adanya agihan bubur ini, dapatlah saya berbuka dalam perjalanan nanti selain air mineral dan kurma,” katanya.

 ??  ?? Zuraidah mengagihka­n bubur kepada salah seorang pengguna jalan raya.
Zuraidah mengagihka­n bubur kepada salah seorang pengguna jalan raya.
 ??  ?? YUSOF turut serta menyediaka­n bubur.
YUSOF turut serta menyediaka­n bubur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia