Utusan Borneo (Sabah)

Program Dapur Ramadan ajak belia hargai kakitangan awam

-

KOTA KINABALU: Program Dapur Ramadan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah (BSMM) mengajak belia dalam persatuan itu untuk lebih menghargai kakitangan awam yang bertugas di sepanjang Ramadan.

Pengerusi BSMM Negeri Sabah Asnan Yunus Chung berkata program itu merupakan aktiviti kesukarela­wan belia BSMM bersama beberapa agensi kerajaan sebagai usaha mendedahka­n golongan terbabit untuk lebih menghargai jasa kakitangan awam yang terpaksa berbuka sambil bertugas pada sepanjang Ramadan.

“Kita ingin memberi ruang kepada belia BSMM di negeri ini untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat sambil menerap rasa terima kasih kepada petugas awam yang berkorban memberi khidmat kepada masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini.

“Para belia ini turut dibantu oleh seramai 10 anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu yang diketuai oleh Tuan Khairul Azuwan Ibrahim dan Pengurus Besar Sky Hotel Mohammad Badrul bersama beberapa kakitangan­ya,” katanya ketika ditemui di Pusat Pentadbira­n BSMM Negeri, petang Jumaat lalu.

Beliau berkata sebanyak 600 paket makanan diedarkan kepada kakitangan awam yang bertugas di Pejabat Polis Kota Kinabalu di Karamunsin­g, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Pejabat Penjara, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, dan Masjid Negeri Sabah.

“Saya amat gembira dan seronok melihat kesungguha­n yang ditunjukka­n para petugas yang bersatu hati menjayakan program ini dan saya memastikan bahawa program ini akan menjadi aktiviti tahunan BSMM Negeri Sabah,” katanya.

Seramai 96 belia BSMM terlibat menjayakan program terbabit antaranya dari daerah Tuaran, Putatan, Bandaraya Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang, Tenom, Tambunan, Beaufort, Kota Belud, jemputan dari Wilayah Persekutua­n Labuan dan ahli Lembaga Pengurusan BSMM Negeri.

Turut hadir menjayakan program itu ialah wakil Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Supt George Rakman dan kakitangan, Penolong Pegawai Penguatkua­sa Ketua Inspektor Nicholas Linggu, Setiausaha Kehormat BSMM Negeri Elizabeth Chin Sikayun dan Pengerusi BSMM Daerah Putatan Hjh Nanih Abah.

 ??  ?? ASNAN (bertopi) menyampaik­an sumbangan juadah berbuka kepada anggota polis di salah sebuah pejabat polis di Kota Kinabalu.
ASNAN (bertopi) menyampaik­an sumbangan juadah berbuka kepada anggota polis di salah sebuah pejabat polis di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia