Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited bangunkan pendidikan

Semua kawasan diberi perhatian termasuk luar bandar

- Ole KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury berkata kerajaan komited membangunk­an bidang pendidikan, baik di bandar mahupun desa, dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan serta bantuan kewangan.

Ia kerana, katanya, kerajaan tidak mahu soal kemiskinan menjadi penghalang untuk anak-anak maju dalam pelajaran.

“Justeru, kita berharap semua kemudahan dan bantuan yang disediakan itu dimanfaatk­an dengan sebaikbaik­nya,” katanya berucap pada Majlis Pengagihan Wang Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M) Fasa Kedua SMK Kuala Penyu, di sini, kelmarin.

Beliau berkata bantuan BKAP1M itu adalah satu daripada usaha kerajaan membantu pelajar selain banyak lagi skim dan program seumpamany­a diperkenal­kan sejak dari dahulu.

Katanya pemberian wang menerusi BKAP1M itu antara lain bertujuan membantu pelajar dalam membuat persediaan awal persekolah­an mereka, khususnya keperluan pembelian buku, alat tulis dan sebagainya.

“Ini merupakan antara usaha dan pendekatan kerajaan kita membantu para pelajar, untuk maju dalam bidang pendidikan.

“Ia adalah bukti keprihatin­an kerajaan kita dalam mengangkat mutu pendidikan secara menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berharap agar penerima bantuan itu memanfaatk­annya dengan sebaik-baiknya, demi kebaikan jangka panjang.

“Janganlah ia diguna untuk tujuan tidak berfaedah, sebaliknya belanjakan ia sebagaiman­a ia seharusnya dibelanjak­an,” katanya.

Dalam pada itu, Limus berharap agar kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dapat terus diperkukuh­kan bagi menjamin masa depan anak-anak sebagai pelapis pimpinan di masa depan.

Katanya kecemerlan­gan dalam peperiksaa­n tidak datang dengan sendirinya.

Ia menuntut pen gembleng a n usaha semua pihak, iaitu anak-anak sendiri, ibu bapa dan guru, yang dijalinkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana sokongan bersama kesemua pihak merupakan teras utama kejayaan seseorang pelajar.

“Dalam hal ini, sumbangan guru-guru sangat besar dalam menentukan kejayaan para pelajar. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pembekal ilmu. Inilah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Generasi yang berilmu datangnya daripada guru selaku pembekal ilmu.

“Sekolah pula merupakan gedung ilmu yang terbuka luas kepada para pelajar untuk menimba dan meneroka pelbagai bidang pengetahua­n,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pembanguna­n pendidikan sememangny­a menjadi keutamaann­ya di kawasan Kuala Penyu.

Katanya setiap program berkaitan pendidikan akan pasti diberi sokongan sebaiknya selari dengan motto perjuangan­nya, iaitu ‘Aspirasi Menuju Transforma­si’.

Pada majlis itu, seramai 124 pelajar menerima bantuan berkenan. Hadir sama ialah Pengetua SMK Kuala Penyu Matrudin Radin.

“Ia

adalah bukti keprihatin­an kerajaan kita dalam mengangkat mutu pendidikan secara menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar ” LIMUS JURY Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu

 ??  ?? LIMUS menyampaik­an BKAP1M kepada salah seorang pelajar.
LIMUS menyampaik­an BKAP1M kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Limus.
SEBAHAGIAN pelajar yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Limus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia