Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga bazar Ramadan perlu utamakan kebersihan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seorang pengguna di sini meminta para peniaga makanan dan minuman di geraigerai bazar Ramadan supaya mengutamak­an kebersihan.

Beliau berkata sepatutnya para peniaga tidak hanya mengaut keuntungan tetapi perlu mengutamak­an kebersihan makanan yang dijual agar tidak memudaratk­an kesihatan kepada para pengguna.

“Saya amat bersetuju Jabatan Kesihatan mengambil tindakan drastik menutup tapak bazar Ramadan yang terletak di kawasan pusat beli-belah Giant Bandar Baharu Keningau,” kata Yazid Mohd Hasnan Tawik (gambar) kepada Utusan Borneo, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau mengulas notis penutupan tapak bazar itu oleh Jabatan Kesihatan berikutan keadaan tempat itu kotor.

Dalam notis yang dikeluarka­n oleh Jabatan Kesihatan Kawasan Keningau, tapak itu ditutup selama 14 hari bermula 16 sehingga 30 Jun ini.

Menurut notis itu yang ditampal di tapak bazar itu, ia bagi membolehka­n kerja pembersiha­n dan disinfeksi dijalankan sehingga premis itu tidak menjadi tempat perebakan penyakit berjangkit.

Notis itu telah diviralkan dengan meluas di media sosial terutama sekali di Whatsapp dan juga Facebook.

Yazid meminta agar pemeriksaa­n perlu dilakukan di semua kawasan yang mengadakan jualan bazar kerana kebanyakan makanan tidak tertutup dan terdedah kepada lalat atau habuk.

Katanya terdapat juga makanan yang disediakan dari rumah dan perlu juga dibuat pemeriksaa­n di kediaman peniaga terbabit.

“Tindakan pihak Jabatan Kesihatan menutup salah satu kawasan tapak bazar di daerah ini amat tepat. Namun demikian, pihak yang berkenaan perlu memikirkan peniaga yang tidak melakukan kesalahan.

“Kita juga difahamkan peniaga yang berjualan di kawasan itu adalah terdiri peniaga bumiputera yang hanya mencari rezeki semasa bulan Ramadan ini dan mereka bukannya peniaga tetap,” katanya.

Yazid berkata mereka juga telah membayar sewa sebulan untuk membuka gerai di tapak itu kepada pemilik kawasan terbabit.

Katanya penutupan tapak bazar itu sudah tentu mengundang kerugian kepada peniaga yang terlibat kerana kawasan itu hanya dibuka untuk bazar sepanjang bulan Ramadan ini.

“Salah satu tujuan peniaga berjualan di musim bulan Ramadan adalah untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanja­an keluarga mereka pada sambutan Hari Raya nanti.

“Maka pihak yang berkenaan perlu memberi pertimbang­an semula kepada peniaga yang tidak melakukan kesalahan atau melakukan pembersiha­n dan disinfeksi secepat mungkin bagi membolehka­n mereka meneruskan perniagaan yang hanya tinggal tujuh hari lagi,” katanya.

Pada masa yang sama, Yazid juga menyaranka­n pihak berkuasa tempatan agar dapat melihat kesesuaian kawasan tempat mengadakan bazar pada masa akan datang.

Katanya kawasan kawasan itu perlu diwartakan sebagai kawasan yang sah untuk mengadakan bazar.

Dengan cara itu, mudah untuk membuat pemantauan dan pemeriksaa­n oleh pihak yang berkenaan.

Menurut beliau, ia perlu jugá diperiksa seminggu sebelum bermulanya bazar oleh pihak yang berkenaan untuk melihat keselamata­n dan kebersihan kawasan itu.

Di pihak Jabatan Kesihatan pula, perlu memberi taklimat dan penerangan kepada semua peniaga yang mengendali­kan jualan itu sebelum memulakan perniagaan.

“Dengan cara demikian, mereka lebih mengutamak­an kebersihan diri, makanan dan minuman yang dijual dan juga gerai dan kawasan tempat berniaga,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia