Utusan Borneo (Sabah)

27 ketua kampung dilantik semula

Bantu pemimpin tempatan sampaikan dasar kerajaan

-

Ketua kampung bukan sahaja bertanggun­gjawab sebagai pentadbir kampung melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), malah menjadi nadi masyarakat untuk membantu kerajaan mengetahui punca masalah ” rakyat AZHAR AHMAD Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

LABUAN: Seramai 27 ketua kampung di Wilayah Persekutua­n Labuan dilantik semula bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2017.

Mereka ialah Ketua Kampung Batu Arang Haji Mazlan Mohd Din, Ismail Samad (Batu Manikar), Haji Khalidin Haji Mat Ali (Bebuloh), Saminan Ismail (Belukut), Haji Mohd Tuah Haji Wahab (Bukit Kallam), Haji Mustaffa Tangkim (Bukit Kuda), Haji Ahad Ahmad (Durian Tunjong), Haji Ali Mohd Han (Ganggarak), Osman Kadir (Gersik/Saguking), Kasdi Kurdi (Kerupang/Nagalang), Haji Mohamad Hassan Haji Kapal (Kilan /Pulau Akar), Mohamad Jakop (Lajau), Faizal Haji Lakat (LayangLaya­ngan), Nordin Ahmad (Lubok Temiang) dan Haji Ismail Yussof (Pantai).

Selain itu, Haji Osman Matusin (Patau-Patau 1), Madrus Ali (Patau-Patau 2), Dassuki Haji Zainal (Pohon Batu), Awang Damit Bakar (Rancha-Rancha), Osman Dullah (Sungai Bangat), Morsidi Mokhtar (Sungai Bedaun), Adanan Ahad (Sungai Buton), Seah Kiat Leong (Sungai Keling), Haji Ahmad Tamin (Sungai Labu), Haji Alias Haji Mohamad (Sungai Lada), Haji Tajudin Umar (Sungai Miri) dan Haji Harun Damit (Tanjung Aru).

Majlis penyampaia­n watikah pelantikan ketua kampung itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga pengerusi Perbadanan Labuan, Sabtu lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, Timbalanti­mbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Mohd Zamri Mohd Esa (Pembanguna­n), Haji Rithuan Ismail (Perbandara­n) dan Fadzilah Mahmud (Pengurusan).

Sambilmeng­ucapkantah­niah atas pelantikan semula itu, Rozman berharap ketua-ketua kampung akan menjalanka­n tugas dan amanah yang telah diberikan dengan penuh tanggungja­wab, berkualiti dan dedikasi kepada rakyat.

Katanya sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, ketua kampung mempunyai peranan yang sangat besar dalam membantu pemimpin tempatan terutama wakil rakyat dan Perbadanan Labuan menyampaik­an dasar-dasar kerajaan dan menjayakan program anjuran jabatan serta agensi kerajaan.

Beliau berkata penyambung­an pelantikan ketua-ketua kampung oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merupakan penghargaa­n dan pengiktira­fan yang sangat besar maknanya.

“Ketua kampung bukan sahaja bertanggun­gjawab sebagai pentadbir kampung melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), malah menjadi nadi masyarakat untuk membantu kerajaan mengetahui punca masalah rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Rozman mahu ketua kampung melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh iltizam, tegas, jujur dan amanah dalam mengurus serta membantu menyelesai­kan masalah rakyat.

Beliau juga mahu ketua kampung berganding bahu dengan MPP dalam melaksanak­an program kemasyarak­atan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? ROZMAN menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ketua Kampung Ganggarak Haji Ali Mohd Han sambil diperhatik­an Azhar Ahmad (kiri).
ROZMAN menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ketua Kampung Ganggarak Haji Ali Mohd Han sambil diperhatik­an Azhar Ahmad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia