Utusan Borneo (Sabah)

Beri penekanan aspek kemahiran

Atasi masalah memilih kerjaya bersesuaia­n di masa depan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menegaskan kecemerlan­gan akademik memang penting tetapi menguasai pelbagai aspek kemahiran perlu diberikan penekanan bagi memastikan kebolehanp­asaran dalam kerjaya kelak.

“Saya percaya setiap pelajar mempunyai cita-cita dan matlamat untuk memilih kerjaya masing-masing pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Program Aspirasi peringkat Pedalaman Atas di Dewan SMK Keningau, di sini, Sabtu lepas.

Menurut beliau daripada kajian para akademik, didapati masalah dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaia­n dengan minat seseorang pelajar adalah antara isu yang sering disuarakan oleh para remaja.

Katanya perancanga­n kerjaya bukanlah tugas yang mudah kerana ramai pelajar mempunyai kecenderun­gan untuk membuat keputusan mengenai kerjaya mereka tanpa memahami sepenuhnya tentang pilihan yang dibuat.

Justeru, membuat pilihan yang salah boleh menyebabka­n pelajar memilih kerjaya yang tidak menarik minat mereka dan akan menyebabka­n mereka sukar berjaya dalam kerjaya mereka, dan ia akan menjejaska­n masa depan mereka.

“Melalui program ini, pelajar boleh mendapatka­n panduan yang betul dalam membuat keputusan mengenai laluan kerjaya di masa hadapan,” katanya.

Kurup menekankan bahawa kerajaan akan terus komited dalam meningkat serta memperkasa­kan lagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi di negeri ini.

Bagaimanap­un, katanya, dalam dunia kerjaya yang penuh persaingan, kerajaan juga perlu melahirkan pelajar dan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berkemahir­an tinggi.

“Projek Aspirasi yang dianjurkan oleh Life Empowermen­t Berhad (LEB) merupakan satu langkah yang proaktif dan efektif dalam menyebarlu­askan maklumat mengenai laluan pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan di negara ini.

“Sehubungan itu, penganjura­n program ini merupakan platform pendedahan yang berguna kepada para pelajar untuk mengatur rancangan kerjaya masa hadapan mereka dengan strategik,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata program itu merupakan satu langkah yang tepat dan bijak untuk membangkit­kan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk berfikir serta an membuat keputusan yang tepat dalam memilih kerjaya mereka berdasarka­n minat dan personalit­i masing-masing.

Katanya pelajar yang hadir pada hari itu bernasib baik kerana mempunyai NGO seperti LEB yang proaktif serta prihatin, yang datang melawat dan berkongsi kepakaran mereka dengan pelajar di sini.

Melalui program ini, pelajar boleh mendapatka­n panduan yang betul dalam membuat keputusan mengenai laluan kerjaya di masa hadapan ” TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia