Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen dan sokongan ibu bapa tentukan kejayaan anak

-

NABAWAN: Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup berkata sokongan dan komitmen ibu bapa amat penting bagi menjamin pencapaian prestasi pendidikan anak-anak mereka.

Katanya pada tahun ini, Daerah Nabawan telah merekodkan peningkata­n keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertinggi dan terbaik di Negeri Sabah. “Kejayaan ini adalah hasil komitmen ibu bapa dan guruguru dalam memastikan pencapaian pendidikan pelajar terus cemerlang di daerah ini,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaia­n sumbangan Hari Raya sempena program Jelajah Berbuka Puasa kawasan Parlimen Pensiangan di Dewan Surau AlFalah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung 4 Murni C dan D, di sini, pada Sabtu.

Arthur yang juga Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) berharap agar masyarakat terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan meningkatk­an taraf pendidikan khususnya di daerah ini.

Katanya kompleks sukan, klinik bertaraf hospital dan juga pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Trusmadi Sook adalah antara usaha yang dilakukan oleh Presiden PBRS yang juga Ahli Parlimen Parlimen Pensiangan dalam meningkatk­an taraf pendidikan dan kesihatan masyarakat di kawasan ini.

Beliau berkata dengan adanya kemudahan seumpama itu maka, ia akan memberi peluang yang lebih luas kepada masyarakat di kawasan ini untuk terus maju serta dapat memperkasa­kan pendidikan demi kemajuan masyarakat di daerah ini.

Pada majlis itu, Arthur turut menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada 100 penerima termasuk ibu tunggal dan golongan asnaf di kampung itu.

Sementara itu, Ketua Kampung 4 Murni C Nanawan Arie Mohd Azruddin Abdullah menyeru agar penduduk di sini tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkan­g yang datang secara bermusim bagi mendapatka­n sokongan mereka.

“Kita bersyukur kepada pemimpin kerajaan dan parti komponen BN kususnya PBRS kerana sentiasa prihatin dan mengambil berat membantu masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Exco Wanita PBRS Zainon Haji Kayum Khan, Pengerusi JKKK Murni C Ramli @ Siambing Lumbis dan Ketua Kampung Sabainait Taip Angkasang. Oleh JOHAN AZIZ

 ??  ?? ZAINON menyampaik­an sumbangan kepada Arie Mohd Azruddin. Turut kelihatan Arthur (tiga kanan).
ZAINON menyampaik­an sumbangan kepada Arie Mohd Azruddin. Turut kelihatan Arthur (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia