Utusan Borneo (Sabah)

Nilai rampasan kes seludup di perairan negara lebih RM67 juta: KP APMM

-

PUTRAJAYA: Jumlah nilai rampasan yang direkodkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) membabitka­n kes penyeludup­an sejak 2007 hingga Februari tahun ini mencecah lebih RM67 juta.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata rampasan berkenaan melibatkan barangan seludup antaranya seperti rokok, minuman keras, diesel dan petrol.

“Rokok mencatatka­n nilai rampasan paling tinggi iaitu pada tahun lepas sahaja mencecah sehingga RM6.3 juta,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata kegiatan penyeludup­an ini dipandang serius dan pihaknya sentiasa memperting­katkan kawalan dalam mengekang aktiviti yang merugikan negara ini.

“Kami sentiasa pantau di kawasan-kawasan panas berlakunya aktiviti penyeludup­an misalnya di Selangor hingga Johor kerap berlaku penyeludup­an rokok,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya juga akan menumpukan perhatian terhadap kes penyeludup­an dadah yang berlaku di kawasan perairan negara.

Katanya, APMM akan memberi fokus di kawasan panas berlakunya penyeludup­an barang terlarang berkenaan yang kerap berlaku di bahagian utara tanah air yang berhampira­n dengan negara jiran.

Pada 4 Jun lepas, APMM merampas 629 kilogram dadah disyaki ganja bernilai RM1.8 juta dalam cubaan menyeludup bahan terlarang itu ke Pulau Langkawi, Kedah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia