Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda manfaat servis motosikal percuma

-

KIRA-KIRA 500 penunggang motosikal dalam kalangan generasi muda tidak melepaskan peluang menyertai program Jom Servis Motor dengan menukar minyak secara percuma anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Labuan yang diadakan di pekarangan Dewan Arena, Kampung Bukit Kuda, Labuan, kelmarin.

Ketua Pemuda BN Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata program itu diadakan buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Program Jom Servis Motosikal akan diadakan tiga kali dalam setahun pada minggu kedua atau ketiga.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Khalid Ghani, Naib Ketua Pemuda Umno Morshidi Juanah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pengurusan) Fadzilah Mahmud.

Sementara itu, Morsidi berkata program Jom Servis Motor sempena Jom Balik Raya mendapat kerjasama Umno Bahagian Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Alam Sekitar dan syarikat KA Petra Sdn Bhd.

“Servis menukar minyak ini dikendalik­an 15 mekanik yang juga terdiri daripada pemimpin dan ahli pergerakan Pemuda Umno dan BN Bahagian Labuan sendiri,” katanya.

Dalan ucapannya pula, Rozman menasihatk­an penunggang motosikal agar sentiasa menjaga keselamata­n semasa di jalan raya yang bukan sahaja untuk keselamata­n sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

“Oleh itu, program secara percuma ini tepat pada masanya ketika pemilik motosikal berkuasa 150cc ke bawah balik ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

 ??  ?? URUSETIA Jom Servis Motor bergambar kenangan bersama Rozman, Bashir, Khalid dan Morsidi di pekarangan Dewan Arena, Bukit Kuda, kelmarin.
URUSETIA Jom Servis Motor bergambar kenangan bersama Rozman, Bashir, Khalid dan Morsidi di pekarangan Dewan Arena, Bukit Kuda, kelmarin.
 ??  ?? ROZMAN (dua kiri) bersama Bashir (kiri), Khalid (Khalid) dan Morsidi (dua kanan) menyerahka­n pakaian hujan kepada penunggang motosikal yang menyertai program Jom Servis Motor.
ROZMAN (dua kiri) bersama Bashir (kiri), Khalid (Khalid) dan Morsidi (dua kanan) menyerahka­n pakaian hujan kepada penunggang motosikal yang menyertai program Jom Servis Motor.
 ??  ?? ROZMAN (duduk kiri) bersama Morsidi (kanan), Bashir (3 kiri) dan Khalid (kiri) merasmikan program Jom Servis Motor.
ROZMAN (duduk kiri) bersama Morsidi (kanan), Bashir (3 kiri) dan Khalid (kiri) merasmikan program Jom Servis Motor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia