Utusan Borneo (Sabah)

Cucur kubis tarikan pengunjung Bazar Ramadan Kundasang

Bazar Ramadan Pekan Kundasang

-

KUIH cucur kubis Kundasang, sate Nabalu, kuih linabok dan kaucung adalah antara juadah yang menjadi tarikan orang ramai termasuk para pengunjung dari dalam dan luar daerah di Bazar Ramadan Pekan Kundasang.

Tinjauan di lokasi bazar yang terletak di perkaranga­n Pentas Budaya Pekan Kundasang itu mendapati ramai penjaja tempatan menjual beraneka produk termasukla­h pelbagai jenis lauk-pauk, kuih-muih dan minuman ringan. Sayap ayam dan ikan panggang madu turut dijual pada harga yang berpatutan.

Salah satu juadah yang menarik perhatian ramai ialah cucur sayur kubis Kundasang iaitu tepung diadun dengan sedikit gula, garam dan daun kubis yang digoreng, selain kuih linabok yang diadun dengan buah pisang, tepung yang dibungkus dengan daun pisang kemudian direbus.

Manakala, kaucung pula diadun bersama tepung pulut, sedikit kacang tanah dengan perencah ayam, lembu dan kambing yang memang lazat dan sesuai sebagai hidangan berbuka puasa.

Satu lagi makanan yang tidak kurang larisnya ialah

‘bosou’ atau jeruk ikan diadunkan dengan nasi, rebung, halia, bawang besar dan tuhau. Kesemua bahan itu kemudianny­a diperam sehingga rasanya bertukar asam (jeruk) lalu digoreng dengan bawang putih dan bawang merah. Ia dijual pada harga RM2.50 untuk satu bekas.

Ramai penjaja yang sempat ditemui berterima kasih kepada Jawatankua­sa Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kundasang kerana menyadiaka­n ruang dan peluang kepada peniaga menjual produk bagi menjana pendapatan keluarga.

“Saya sebagai penjaja tetap di bazar Ramadan ini setiap tahun mematuhi arahan dari segi kesihatan terutama kebersihan makanan yang dimasak,” kata Gahini Haidin, 55, dari Kg Dumpiring Atas, Kundasang yang menjual bosou.

Noor Fadzlyn Magri, 27, dari Kg Liwagu Kundasang yang berkemahir­an membuat kaucung menyifatka­n bazar Ramadan sebagai peluangnya untuk menjual kuih yang disediakan­nya mengikut ramuan yang diwarisi daripada ibunya sejak dia berada di bangku sekolah lagi.

Suzaineh Taileh, 34, dari Kg Mohimboyon yang menjual penjaja sate nabalu mempromosi sate daging payau, daging ayam, daging rusa, sate perut dan sate ikan.

Beliau berkata jualannya diminati ramai pengunjung kerana harganya berbaloi dengan kelazatan sate yang disediakan­nya.

“Saya

sebagai penjaja tetap di bazar Ramadan ini setiap tahun mematuhi arahan dari segi kesihatan ” terutama kebersihan makanan yang dimasak. GAHINI HAIDIN

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Fadzlyn menunjukka­n kaucung yang dijualnya.
NOOR Fadzlyn menunjukka­n kaucung yang dijualnya.
 ??  ?? KUIH LINABOK
KUIH LINABOK
 ??  ?? KUIH CUCUR KUBIS KUNDASANG
KUIH CUCUR KUBIS KUNDASANG
 ??  ?? KAUCUNG
KAUCUNG
 ??  ?? BOSOU
BOSOU
 ??  ??
 ??  ?? GAHINI memperliha­tkan bosou yang disimpanka­nnya dalam bekas.
GAHINI memperliha­tkan bosou yang disimpanka­nnya dalam bekas.
 ??  ?? SUZAINEH (tengah) bersama rakannya menjual pelbagai jenis sate.
SUZAINEH (tengah) bersama rakannya menjual pelbagai jenis sate.
 ??  ?? NUR Azian menjual ketupat dan nasi lemak.
NUR Azian menjual ketupat dan nasi lemak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia