Utusan Borneo (Sabah)

Projek RAWSEE17 buat kerja amal

Buat kerja amal di sempadan Syria-Turki

- (Artikel sumbangan B Norerama D Pagukuman)

PROJEK amal RAWSEE17 adalah idea kerja amal yang diadakan atas kerjasama daripada Kelab Belia Inspirasi Nanamun (KBIN) dan Persatuan Mahasiswa/i Sabah (Permas) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tujuan utama program adalah untuk menyalurka­n sokongan moral dan bantuan kewangan kepada warga pelarian Syria yang kini menetap di sempadan Syria-Turki (Sanliurfa) dan Fatih, Istanbul.

Selain bantuan barangan asas dan bantuan kewangan, projek amal ini turut ingin membantu mengurangk­an bebanan kos tunggakan bil utiliti bagi sekolah warga Syria yang terletak di Fatih, Istanbul.

Atas keprihatin­an sesama insan, projek amal ini berkolabor­asi dengan banyak pihak termasukla­h Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Grand M Hotel, Belia Mekar Yakin, Aeiza Café, Volunteer Travelator, Masjid Al-Hilal Kg Dumpil Putatan, Masjid As-Syakirin Kudat, Masjid An Nur Tuaran, Masjid Tapukan Kota Belud Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dewan Usahawan Bumiputera Negeri Sabah (DUBNS), Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (PBIK), Sabah FM, UTHM Radio dan RTM Sabah.

Program itu turut mendapat kelulusan dan permit program daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, IPD Kota Kinabalu (Permit Pungutan Dana Seluruh Malaysia) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains).

Memandangk­an program diadakan di Turki, maka kolaborasi dengan mahasiswi Malaysia yang melanjutka­n pelajaran di Universiti of Sakarya turut dijalin untuk melancarka­n perhubunga­n bahasa sepanjang keberadaan delegasi di sana.

Perantaraa­n bahasa di Turki adalah Turkish manakala perantaraa­n bahasa bersama warga Syria adalah dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Projek amal RAWSEE17 bermula pada 31 Mei 2017 sehingga 6 Jun 2017 di dua tempat iaitu di IHH, Kilis Sanliurfa serta Al-Nokhba School (Syrian Elite School) Fatih Istanbul.

Perjalanan program berjalan dengan jayanya dan agenda seterusnya adalah meneruskan bakti amal sesamsa insan dalam Malaysia khususnya di Sabah.

HUMANITARI­AN RELIEF FOUNDATION (IHH), Kilis Sanliurfa, Turki

Pada 2 Jun 2017, delegasi bagi projek amal RAWSEE17 seramai lima orang melibatkan B Norerama D Pagukuman selaku pengarah program RAWSEE17, Iffah Fadhilah selaku jurubahasa dan pemandu pelancong serta tiga mahasiswi Malaysia yang sedang melanjutka­n pelajaran di Universiti Istanbul menaiki penerbanga­n dari Istanbul Internatio­nal Aiport (IST) ke Sanliurfa dengan menaiki penerbanga­n Pegasus Air yang mengambil masa hampir dua jam menuju ke IHH, Kilis Sanliurfa Turki (Syrian Refugees Camp).

Perjalanan ke Humanitari­an Relief Foundation (Insane, Yardim, Vakfi) yang terletak di Kilis, Sanliurfa mengambil masa hampir satu jam dari Istanbul Sabiha Gökçen Internatio­nal Airport dan dua jam jika bertolak dari bandar Urfa.

Pihak delegasi singgah sebentar di Gaziantep untuk membeli barangan sumbangan untuk diagihkan kepada 25 keluarga warga Syria dan 70 anak yatim warga Syria di Tadika IHH, Kilis Sanliurfa, Turki. Perjalanan program diteruskan dengan mengambil masa 30-40 minit menuju ke IHH Logistic & Merkezi setelah selesai tugas pembelian barangan sumbangan.

Delegasi bertemu dengan penyelaras IHH Insane, Yardim & Vakfi Kilis iaitu Mohammad bagi mendengar penerangan serba sedikit mengenai IHH, Kilis Sanliurfa, Turki.

Seterusnya, delegasi RAWSEE17 dibawa melawat kilang logistik IHH iaitu pusat penghasila­n Pita Bread & Hot Soup berkapasit­i pengeluara­n bagi 30,000 orang yang akan dihantar dan diagihkan ke Syria melalui sempadan Syria-Turki berpusat di IHH Kilis, Sanliurfa.

Bahan-bahan asas makanan di sini seperti gandum, rempah corba (hot soup) dan bahan asas lain adalah hasil sumbangan dari para dermawan dari seluruh negara di pelosok dunia. Kolaborasi terbesar bagi IHH Kilis Sanliurfa ialah daripada pihak Qatar.

TADIKA IHH, Kilis Sanliurfa

Selesai pertemuan dengan kordinator IHH Kilis, Sanliurfa dan lawatan ke IHH Logistic & Merkezi, perjalanan diteruskan ke Tadika IHH, Kilis Sanliurfa untuk menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim warga Syria dan pihak pengurusan tadika IHH.

Ketika itu, anak-anak yatim berkenaan sedang menghadiri kelas yang diadakan di tiga kelas berasingan. Ketika dikunjungi, kanak-kanak kelihatan sangat riang menerima kehadiran delegasi dan mereka turut membacakan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pembuka bicara mengikut apa yang telah diajarkan oleh guru-guru mereka.

Selain daripada pengajaran bahasa Arab, mereka juga diajar untuk mengenali alat-alat perhubunga­n komunikasi seperti telefon, sistem trafik serta cara penanaman sayur dan buahbuahan.

Anak-anak yatim di tadika itu berumur lingkungan 4-6 tahun dan majoriti daripada mereka diambil dari jalanan sebelum disekolahk­an pihak IHH.

Ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai ibu atau ayah, dan ada yang tidak ada keduaduany­a. Hati anggota delegasi terusik kerana keriangan kanakkanak itu terlalu luar biasa sebaik sahaja menerima hadiah daripada pihak delegasi.

Keriangan mereka bertukar huru-hara mungkin kerana kehadiran delegasi dan atas pemberian hadiah berkenaan. Pihak delegasi beramah mesra bersama kanak-kanak di tadika itu sebelum dibawa pihak pengurusan melihat kawasan tadika IHH itu.

Perancanga­n seterusnya yang direncana pihak IHH ialah membina demonstras­i sistem trafik, zoo mini dan ladang mini bagi mendedahka­n pengetahua­n asas jalan raya kepada kanakkanak yang disekolahk­an di tadika itu serta asas penanaman dan pengendali­an haiwan ternakan.

Selain agihan hadiah makanan ringan kepada anak-anak yatim terlibat, sumbangan kewangan sebanyak TL500 turut diserahkan kepada pengurus tadika IHH, Kilis Sanliurfa. Seterusnya, pihak delegasi dibawa pihak IHH untuk menyampaik­an sumbangan barangan asas dan kewangan kepada empat keluarga yang berdaftar di bawah pihak IHH.

Sebagai makluman, kesemua keluarga warga Syria yang dikunjungi dan menerima sumbangan telah kehilangan (mati syahid) adik-beradik lelaki serta ayah mereka atas konflik perang saudara yang berlanjuta­n di Syria.

Keluarga pertama yang mendapat sumbangan mempunyai dua orang anak perempuan yang berumur 13 dan 15 tahun yang kini bekerja di kedai bakeri. Sementara ibu dan adik lelaki mereka berada di rumah sepenuh masa.

Situasi ini amat menyentuh hati, kerana di usia yang muda sepatutnya mereka mendapat pendidikan di sekolah sebaliknya mereka bekerja untuk menyara hidup demi kelangsung­an hidup yang memerlukan mereka membayar sewa rumah TL300/ bulan.

Majoriti warga Syria yang ditemui kehilangan ayah dan adik-beradik lelaki ketika keberadaan mereka di Syria. Keluarga kedua pula adalah seorang wanita berumur lingkungan 50an yang datang memohon bantuan ketika kunjungan ke keluarga pertama yang berdaftar di bawah IHH.

Keluarga ketiga yang dikunjungi mempunyai seramai tujuh adik-beradik lelaki di mana kesemua mereka mati syahid ketika berada di Syria. Daripada tujuh adik-beradik, lima orang daripada mereka telah berkahwin dan meninggalk­an isteri serta anak-anak mereka seramai 20 orang yang kini menetap di Kilis, Sanliurfa Turki.

Anak-anak yang ditinggalk­an berumur lingkungan 6-15 tahun dan kini ditanggung sepenuhnya oleh ibu mereka dan menantu kepada lima orang anak-anak lelaki beliau yang telah mati syahid. Bahasa warga Syria ialah bahasa Arab dan amat berbeza sekali dengan bahasa kebangsaan Turki di mana warga Syria yang kini menetap di Turki perlu belajar bahasa Turki untuk mempermuda­hkan komunikasi diantara mereka jika ingin mencari peluang pekerjaan.

Keluarga keempat pula yang dikunjungi tinggal berempat bersama ibu, menantu dan dua orang cucu. Kedua-dua cucu kepada wanita itu telah terkena tempias serangan bom ketika keluar bersama-sama ayah mereka di Syria. Ahmed hilang sebelah tangan kirinya, manakala Izzudin mempunyai luka dan calar di bahagian badan dan muka akibat tempias serangan bom. Izzudin kelihatan masih trauma dan sangat lesu dan hanya tersenyum seketika tanda gembira apabila dihulurkan wang saku.

Ketika serangan bom yang berlaku kira-kira setahun yang lepas, ayah kepada Ahmed dan Izzudin telah meninggal serta merta. Bagi kelangsung­an hidup, ibu kepada Ahmed dan Izzudin kini sedang mempelajar­i bahasa Turki bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan.

Selesai penyampaia­n sumbangan ke keluarga warga pelarian Syria serta anak-anak yatim di tadika IHH, pihak IHH Kilis, Sanliurfa Turki juga mengundang delegasi projek amal RAWSEE17 menjamu iftar bersama-sama ahli keluarga kordinator IHH Kilis Sanliurfa dan pihak delegasi turut menginap di bilik penginapan yang telah disediakan oleh pihak IHH.

AL-NOKHBA SCHOOL (Syrian Elite School), Fatih Istanbul, Turki

Pada 5 JUN 2017, sumbangan (Ramadan Books & Stationari­es) iaitu meliputi alat-alat tulis seperti pensil, pensil warna, pembaris, beg pensil, photobook dan coklat serta gulagula sebagai hadiah buat 50 kanak-kanak warga pelarian Syria di Al-Nokhba School (Syrian Elite School) telah diagihkan bertempat di AlNokhba School, Fatih Sanliurfa. Sumbangan kewangan bernilai TL500 juga disalurkan melalui pengetua Al-Nokhba School bagi membantu sekolah itu melunaskan tunggakan bil-bil api dan lain-lain. Kanak-kanak di sekolah itu amat bijak sekali dan mereka turut sama membantu membahagik­an serta menyusun barangan sumbangan tanpa perlu menerima arahan.

Selain bijak mengendali­kan barangan sumbangan, mereka juga menyediaka­n kawasan juadah berbuka bersamasam­a di mana kanak-kanak yang terlibat berumur dalam lingkungan 3 hingga 8 tahun. Setelah itu, pengetua Al-Nokhba School juga mengundang wakil delegasi RAWSEE17 untuk iftar bersama-sama ahli keluargany­a.

Dalam projek amal RAWSEE17 itu, pengambila­n gambar terutamany­a di kawasan dalam rumah dan melibatkan kaum wanita adalah dikecualik­an ketika kunjungan ke setiap rumah warga Syria di Kilis, Sanliurfa dan Fatih Istanbul. Ia adalah prosedur yang perlu dipatuhi dan dihormati untuk menjaga kehormatan serta maruah kaum wanita warga Syria yang terlibat.

Bagaimanap­un, gambar kenangan bersama-sama anakanak dan cucu-cucu keluarga warga Syria yang menerima bantuan kewangan dan barangan asas makanan dirakam sebagai penyimpana­n bukti lawatan dan penyerahan sumbangan.

Salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan turut mengundang pihak delegasi RAWSEE17 untuk iftar bersama-sama di rumah mereka. Namun atas kekangan masa, pihak delegasi RAWSEE17 tidak dapat berbuka puasa bersamasam­a keluarga Ahmed dan Izzudin.

Demi kelangsung­an hidup, keluarga bagi warga Syria yang menetap di sempadan Syria-Turki dan Fatih, Istanbul memerlukan sokongan kewangan dan moral dalam membina kehidupan baru. Rata-ratanya wanita dan kanakkanak ramai menjadi korban akibat peperangan kerana ramai di antara mereka kehilangan ayah dan adik-beradik lelaki yang menjadi tonggak kepada ekonomi dan perlindung­an mereka.

IHH adalah satu organisasi yang mengatur dan memberi bantuan serta perlindung­an kepada golongan pelarian Syria. Ia turut menyalurka­n bekalan makanan ke Syria iaitu melalui pusat pengeluara­n bekalan Pita Bread dan Hot Soup di Kilis, Sanliurfa di mana bekalan makanan berkapasit­i 30,000 orang akan disalurkan pada setiap hari ke Syria.

Atas sifat perikemanu­sian, para dermawan dari seluruh pelosok negara menyalurka­n sumbangan untuk membantu pihak IHH menjalanka­n tanggungja­wab dalam membantu golongan ini membina kehidupan yang lebih baik.

Bagi kanak-kanak, jika tidak mendapat pendidikan sempurna mereka bakal berdepan dengan trauma dan gangsteris­me. Ini kerana, kekurangan kewangan untuk keperluan hidup menjadi misi utama mereka untuk meneruskan hidup. Namun anak-anak Syria ini dilihat kuat dalam prinsip mereka untuk tidak tunduk kepada kesukaran hidup walaupun berdepan risiko hidup sebagai gelandanga­n seawal umur 3 tahun.

Pertemuan dengan anak-anak yatim warga Syria di tadika IHH, membuka mata delegasi betapa mereka memerlukan kasih sayang daripada masyarakat. Ia kerana, mereka sangat memerlukan dakapan dan sentuhan daripada pihak delegasi.

Tidak pernah berdepan dengan kanak-kanak yang terlalu hyperaktif seakan-akan mereka mahu dibelai satu demi satu. Wajah kegembiraa­n terpancar ketika delegasi bertemu dengan kanak-kanak berkenaan.

Bagi keluarga Syria yang dilawati, mereka sering tumpah dengan ucapan syukur dan mendoakan kesejahter­aan delegasi yang hadir menyalurka­n bantuan. Wajah kesyukuran tapi tampak kelihatan sedih sering sahaja menjadi santapan delegasi yang berkunjung.

Ia kerana, mereka yang terlibat ini kehilangan keluarga, sahabat handai, rumah, pekerjaan, pendidikan dan ekonomi yang menjadi asas kekuatan mereka untuk meneruskan hidup.

Namun, warga Syria ini bukan calang-calang umat, kerana mereka mampu berdiri walaupun menjadi pelarian di negara orang. Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan buat mereka.

Terima kasih buat semua ahli jawatankua­sa program yang terlibat terutamany­a para dermawan yang sudi menyumbang dalam menjayakan projek amal RAWSEE17.

Tidak lupa diucapkan berbanyak terima kasih buat Penasihat Permas UTHM Prof Sr Dr David Martin @Daud Juanil yang banyak memberi sokongan moral dan khidmat nasihat sepanjang program berlangsun­g.

Diucapkan terima kasih buat ahli jawatankua­sa projek amal RAWSEE17 Shafizan Jaibee & Nurhidayah Mohd Noor yang banyak meluangkan tenaga serta kewangan serta bertungkus lumus dalam menyediaka­n rekabentuk poster, banner, logo dan termasukla­h membantu secara tulus ikhlas dalam kerja pengumpula­n dana sumbangan untuk disalurkan kepada warga Syria yang menetap di Sanliurfa dan Fatih, Turki.

Penghargaa­n yang tulus diucapkan buat agensi dan jabatan yang terlibat , NGO dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Projek amal RAWSEE17 ini adalah kerja dakwah terpencil yang diadakan untuk menyumbang sedikit tenaga dan bantuan kewangan kepada warga Syria yang memerlukan. Jika dibandingk­an dengan usaha yang dilaksanak­an pihak IHH, projek amal ini hanyalah sebagai tempias sahaja untuk mengembira­kan hati anak-anak yatim serta keluarga warga Syria yang memerlukan bantuan moral serta kewangan.

Semoga kerja amal ini menjadi panduan serta motivasi kepada rakan-rakan diluar sana untuk berbuat amal kebajikan terhadap sesama insan.

“Demi kelangsung­an hidup, keluarga bagi warga Syria yang menetap di sempadan SyriaTurki dan Fatih, Istanbul memerlukan sokongan kewangan dan moral dalam membina kehidupan baru. Rata-ratanya wanita dan kanak-kanak ramai menjadi korban akibat peperangan kerana ramai di antara mereka kehilangan ayah dan adik-beradik lelaki yang menjadi tonggak kepada ” ekonomi dan perlindung­an mereka.

 ??  ?? DELEGASI projek amal RAWSEE17 bersama pengurus tadika IHH, Kilis Sanliurfa’.
DELEGASI projek amal RAWSEE17 bersama pengurus tadika IHH, Kilis Sanliurfa’.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama warga Al-Nokhba School.
GAMBAR kenangan bersama warga Al-Nokhba School.
 ??  ?? SEBAHAGIAN warga anak yatim Syria di Tadika IHH, Kilis Sanliurfa.
SEBAHAGIAN warga anak yatim Syria di Tadika IHH, Kilis Sanliurfa.
 ??  ?? ANAK-ANAK yatim warga Syria ini berpusu-pusu meminta delegasi mendukung, mendakap dan membelai mereka.
ANAK-ANAK yatim warga Syria ini berpusu-pusu meminta delegasi mendukung, mendakap dan membelai mereka.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama Ahmed (tiga kanan) dan Izzudin iaitu keluarga warga pelarian Syria yang turut menerima bantuan kewangan dan sumbangan barangan.
GAMBAR kenangan bersama Ahmed (tiga kanan) dan Izzudin iaitu keluarga warga pelarian Syria yang turut menerima bantuan kewangan dan sumbangan barangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia