Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan Kg Wakaku meriah

Ewon gesa penduduk terus sokong BN demi kesinambun­gan pembanguna­n

- Oleh SALMAN ABADI

“Teruskan

sokongan kepada kerajaan BN supaya segala pembanguna­n yang telah dirancang untuk rakyat ada kesinambun­gan ” berterusan. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau yang juga Presiden Usda

SAMBUTAN Perayaan Pesta Kaamatan 2017 Kampung Wakaku, Ranau diadakan secara sederhana tetapi dalam suasana meriah dan penuh rasa kesyukuran.

Majlis perasmian Pesta Kaamatan itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Ranau yang juga Presiden Usda Datuk Dr Ewon Ebin, di Balairaya Kampung Wakaku, baru-baru ini.

Lokasi kampung yang agak jauh terpencil dengan cuaca hujan dan pelbagai cabaran dalam perjalanan sedikit pun tidak menjadi halangan kepada Ewon dan rombongan untuk meneruskan perjalanan dengan matlamat untuk bersama-sama ratusan penduduk kampung yang setia menanti kunjungan pemimpin.

Malah, ia bukan sekadar memenuhi jemputan untuk merasmikan majlis itu, tetapi yang lebih penting ialah dapat mendekati, mengetahui dan menyelami permasalah­an yang dihadapi penduduk, selain bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan sebagai teras perpaduan masyarakat dan pengukuhan kepelbagai­an budaya.

Perjalanan melalui jalan kampung ke Kampung Wakaku kira-kira 100 kilometer dari Pekan Ranau yang kurang selesa, ditambah dengan cuaca hujan berterusan mengakibat­kan berlaku hakisan jalan ke kampung itu yang sudah pasti perlu diperbaiki.

Penduduk Kampung Wakaku dalam lingkungan lebih 200 orang, kebanyakan­nya petani berdaya maju, rajin mengusahak­an tanah dengan menanam sawit dan getah sebagai punca utama pendapatan keluarga.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sylvester King mewakili penduduk kampung amat menghargai kunjungan Ewon dan rombongan kerana sudi datang memeriahka­n sambutan Pesta Kaamatan di kampung itu.

Berucap merasmikan pesta itu, Ewon menyifatka­n penduduk Kampung Wakaku sebagai antara contoh penduduk kampung yang bersatu padu dan hidup hormani dalam suasana perpaduan yang baik.

Beliau meminta penduduk kampung agar terus mengamal dan memantapka­n nilai perpaduan yang sedia terjalin itu, sekali gus menyokong penuh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Penduduk Kampung Wakaku tidak akan terpedaya dengan omongan kosong pihak tertentu (pembangkan­g) termasukla­h isu mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan BN telah dan akan sentiasa menjaga serta menjamin keamanan negara untuk kesejahter­aan dan kemakmuran rakyat serta kemajuan dan pembanguna­n negara secara berterusan.

“Teruskan sokongan kepada kerajaan BN supaya segala pembanguna­n yang telah dirancang untuk rakyat ada kesinambun­gan berterusan,” katanya.

Pada majlis itu,, Ewon turut meluluskan peruntukan RM2,000 untuk penyediaan pakaian tradisi wanita di kampung itu dan turut menyumbang set generator untuk kegunaan penduduk kampung.

Melalui pemerhatia­n beliau, jalan menuju ke kampung itu ada keperluan untuk pembinaan parit dan taburan batu bagi memperbaik­i keadaan jalan perhubunga­n masuk ke kampung itu.

Keprihatin­an Ewon terhadap perkara itu amat dihargai penduduk kampung kerana keadaan jalan yang lebih baik akan memudahkan mereka untuk keluar ke pekan bagi menjalanka­n pelbagai urusan, termasukla­h memasarkan hasil tanaman, pertanian dan sebagainya.

Pelbagai acara diadakan untuk memeriahka­n sambutan Pesta Kaamatan itu termasukla­h persembaha­n kebudayaan, paluan gong, penyerahan sumbangan untuk warga emas dan sebagainya.

Turut hadir memeriahka­n sambutan itu ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, Pegawai UPPM Paginatan Geogina George dan Pemaju Mukim Paus Julis Yabi.

 ??  ?? EWON (tengah) diiringi Arthur (dua kiri) dan Sylvester menyerahka­n sumbangan kepada warga emas Kampung Wakaku.
EWON (tengah) diiringi Arthur (dua kiri) dan Sylvester menyerahka­n sumbangan kepada warga emas Kampung Wakaku.
 ??  ?? PALUAN gong oleh Kumpulan Gong Belia Kampung Wakaku menyerikan majlis.
PALUAN gong oleh Kumpulan Gong Belia Kampung Wakaku menyerikan majlis.
 ??  ?? (gambar atas) KETIBAAN Ewon disambut mesra para penduduk Kampung Wakaku.
(gambar atas) KETIBAAN Ewon disambut mesra para penduduk Kampung Wakaku.
 ??  ?? EWON (berdiri) berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Wakaku, Ranau sambil diiringi Arthur (kiri) dan rombongan.
EWON (berdiri) berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Wakaku, Ranau sambil diiringi Arthur (kiri) dan rombongan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kampung Wakaku yang hadir memeriahka­n sambutan Pesta Kaamatan 2017.
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Wakaku yang hadir memeriahka­n sambutan Pesta Kaamatan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia