Utusan Borneo (Sabah)

Tabur bakti kepada masyarakat

20 usahawan GiatMara beri sumbangan kepada 30 pesakit

- Oleh SADDAM EDRIS

MENJELANG Syawal, pasti bukan semua insan dapat meraikan perayaan itu bersama sanak saudara disebabkan masalah kesihatan yang mereka alami.

Sudah pasti rasa sayu di hati mengenangk­an nasib badan terutamany­a buat pesakit di Wad Paliatif Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) yang menjadi perhatian pelbagai agensi kerajaan, swasta mahupun perseorang­an.

Ekoran itu, 20 usahawan GiatMara Sabah yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing membuka langkah untuk sama-sama turun padang membantu golongan berkenaan.

Kira-kira 30 pesakit yang masih dirawat di Wad Paliatif di hospital berkenaan menerima sumbangan dan diberikan perkhidmat­an kesihatan serta kecantikan secara percuma seperti urutan kaki, kepala dan tangan, termasuk rawatan kuku tangan dan kaki, serta perkhidmat­an mengguntin­g rambut.

Timbalan Pengarah GiatMara Sabah Mohd Noh Nawawi berkata program itu sudah masuk tahun ketiga penganjura­nnya di lokasi yang sama iaitu di Wad Paliatif HQE1.

Katanya program yang menjadi salah satu daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya itu adalah untuk menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Kita juga menganjurk­an program sebegini setiap tahun untuk memberi sedikit keselesaan dan kegembiraa­n kepada pesakit-pesakit di wad ini yang sukar bergerak ke luar mendapatka­n perkhidmat­an daripada kami.

“Pada masa sama, bantuan yang diberikan juga sedikit sebanyak akan dapat meringanka­n beban perbelanja­an yang ditanggung oleh ahli keluarga pesakit sepanjang tempoh rawatan mereka di hospital ini,” katanya pada Program Amal Ziarah Ramadan di Kota Kinabalu, Sabtu lepas.

Noh menjelaska­n pihaknya bersama usahawan GiatMara akan terus melaksanak­an program sedemikian sekaligus berhasrat menjadikan­nya sebagai acara tahunan.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid yang turut hadir memuji usaha murni usahawan GiatMara yang tidak jemu membantu golongan sasar itu.

Katanya pelbagai pihak di luar sana juga seharusnya mencontohi usaha GiatMara itu dalam memupuk nilai keprihatin­an dalam diri masing-masing kepada golongan yang memerlukan.

“Setiap masyarakat mahupun pelbagai pihak yang berkemampu­an perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Kita juga harapkan program sebegini akan terus dilaksanak­an dengan kerjasama pelbagai pihak yang bukan hanya diadakan pada musim Ramadan dan Syawal, tetapi juga ketika menjelangn­ya perayaan lain seperti Deepavali dan Krismas,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Pengarah QEH1 Dr Henry Corray.

Kita juga menganjurk­an program sebegini setiap tahun untuk memberi sedikit keselesaan dan kegembiraa­n kepada pesakit-pesakit di wad ini yang sukar bergerak ke luar mendapatka­n perkhidmat­an daripada kami. ” MOHD NOH NAWAWI Timbalan Pengarah GiatMara Sabah

 ??  ?? (gambar kiri) JAINAB (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit di Wad Paliatif QEH1 sambil diperhatik­an oleh Noh (dua kiri).
(gambar kiri) JAINAB (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit di Wad Paliatif QEH1 sambil diperhatik­an oleh Noh (dua kiri).
 ??  ?? (gambar bawah) NOH (lima kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Henry.
(gambar bawah) NOH (lima kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Henry.
 ??  ?? NOH (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama usahawan GiatMara yang terlibat dalam program itu.
NOH (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama usahawan GiatMara yang terlibat dalam program itu.
 ??  ?? NOH (tengah) merakam gambar kenangan bersama usahawan GiatMara dan kakitangan Wad Paliatif.
NOH (tengah) merakam gambar kenangan bersama usahawan GiatMara dan kakitangan Wad Paliatif.
 ??  ?? SALAH seorang usahawan GiatMara menyampaik­an sumbangan kepada ahli keluarga pesakit.
SALAH seorang usahawan GiatMara menyampaik­an sumbangan kepada ahli keluarga pesakit.
 ??  ?? USAHAWAN GiatMara dan kakitangan HQE1 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
USAHAWAN GiatMara dan kakitangan HQE1 merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia