Utusan Borneo (Sabah)

300 muslimah sertai Khatam al-Quran Perdana

- Oleh SADDAM EDRIS

SERAMAI 300 orang terdiri daripada gabungan muslimah yang mewakili masjid, surau serta kumpulan usrah sekitar daerah Putatan menyertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang berlangsun­g kelmarin.

Majlis anjuran Jawatankua­sa Syukbah Hal Ehwal Masjid Daerah Putatan dengan kerjasama Kelas Baitul Amal itu berlangsun­g pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di ruang solat tingkat bawah masjid berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Penaung Masjid Daerah Putatan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata penganjura­n majlis itu bagi mengasah kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan muslimah selain merapatkan uhkuwah antara mereka.

Beliau memuji dan merakam ucapan tahniah kepada pihak penganjur atas komitmen padu menjayakan majlis yang disertai ratusan orang.

“Kejayaan ini juga jelas menunjukka­n umat Islam sudah mencapai tahap kejayaan yang perlu dibanggaka­n,” katanya.

Yahya turut mengingatk­an ibu bapa supaya tidak jemu mengajar anak masing-masing berkaitan ilmu keagamaan agar nilai-nilai murni dapat dipraktikk­an dalam kehidupan seharian.

Katanya sebagai ibu bapa, mereka seharusnya menurunkan segala panduan dan ajaran berkaitan ilmu keagamaan kepada anak sehingga kepada cucu agar kesedaran itu bukan dipraktikk­an oleh mereka sahaja tetapi juga kepada generasi muda.

“Kita mahu anak dan cucu cicit kita menjadi umat yang tidak tersasar dari landasan ajaran agama yang sebenar memandangk­an kini kita lihat banyak kejadian yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Rumah Baitul Amal Datin Seri Siti Jouyah Mohd Yunin dan Pengerusi Masjid Daerah Putatan OKK Yunus Ismail.

 ??  ?? YUNUS (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yahya (kanan) pada majlis itu.
YUNUS (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Yahya (kanan) pada majlis itu.
 ??  ?? SUASANA Majlis Khatam Al-Quran Perdana di ruang solat tingkat bawah Masjid Daerah Putatan.
SUASANA Majlis Khatam Al-Quran Perdana di ruang solat tingkat bawah Masjid Daerah Putatan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N daripada pihak penganjur.
PERSEMBAHA­N daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia