Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat pretasi perkhidmat­an keselamata­n

Kerajaan komited laksana pelbagai insiatif

- Oleh JOHAN AZIZ

LAHAD DATU: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata kerajaan komited dan giat melaksanak­an pelbagai inisiatif pembaharua­n dan penambahba­ikan bagi meningkatk­an prestasi perkhidmat­an keselamata­n dan menjaga kebajikan anggota pasukan keselamata­n.

Katanya kecemerlan­gan perkhidmat­an pasukan keselamata­n memerlukan kerjasama serta komitmen tinggi dalam kalangan pegawai dan staf di semua peringkat pasukan keselamata­n terbabit.

“Usaha mengukuhka­n perpaduan kaum, mengekalka­n keharmonia­n masyarakat serta mempertaha­nkan keselamata­n juga melibatkan kerjasama serta tanggungja­wab segenap lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada program penyampaia­n kuih raya dan majlis berbuka puasa Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama pasukan keselamata­n di dewan Markas Operasi Polis Marin Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah( Esscom), Jumaat lalu.

Majlis itu dihadiri oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Polis Marin, Pasukan Gerak Am, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan APMM dengan kepimpinan PBS Pusat dan Bahagian Zon Pantai Timur Sabah.

Hadir sama, Timbalan Presiden PBS Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Brigadier Jeneral Hamdan Ismail dari Esscom, Ketua Penerangan PBS Datuk Jahid Jahim, wakil Ibu Pejabat Polis Lahad Datu ASP Fadzil Ali, wakil Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu ASP Salleh Eraji, dan wakil APMM Pangkalan Maritim Lahad Datu, Lt (M) Muhammad Zariff Mat Yunus.

Radin yang mewakili Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata usaha mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan negara serta mengekang penceroboh­an dan kegiatan jenayah rentas sempadan khususnya di Sabah amat penting demi kesinambun­gan pembanguna­n dan keamanan yang dinikmati pada masa ini.

“Saya berharap pasukan keselamata­n yang bertugas di Zon Pantai Timur Sabah sentiasa waspada dan berhatihat­i menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng.

“Saya juga berharap pasukan keselamata­n yang beroperasi di Zon Selamat Pantai Timur atau Esszone yang membabitka­n 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau akan sentiasa bekerjasam­a dan meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan masing-masing demi kejayaan visi, misi serta peranan Esscom untuk meningkatk­an keselamata­n, kesejahter­aan dan keyakinan rakyat,” katanya.

Justeru, sebarang pergolakan di negaranega­ra jiran yang akan memberikan kesan kepada kestabilan, keselamata­n dan pembanguna­n negeri Sabah harus dipantau dan dianalisis oleh Esscom.

Radin berkata program bersepadu mengenai keselamata­n di Esszone harus sentiasa dinilai dan ditambahba­ik lagi oleh semua pasukan keselamata­n yang terletak di bawah penyelaras­an Esscom.

Katanya pemantauan serta kempen kesedaran awam mengenai peri pentingnya mengekalka­n keselamata­n juga haruslah menjadi aktiviti utama oleh Esscom kerana ia adalah harapan rakyat khususnya di pantai timur Sabah.

“Saya juga berharap Esscom akan dapat melaksanak­an program kerjasama dengan badan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan-kawasan terbabit.

“Dalam program saya bersama badan JKKK di Sabah, saya kerap mengingatk­an JKKK berkenaan agar bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n untuk memantau keselamata­n di kawasan mereka termasukla­h membantera­s kehadiran pendatang tanpa izin,” katanya.

Radin memberitah­u program yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh PBS itu kepada pasukan keselamata­n di Esszone menjadi saluran untuk meningkatk­an lagi kerjasama, interaksi dan persefaham­an di antara ahli PBS dan pasukan keselamata­n di Sabah.

Saya juga berharap pasukan keselamata­n yang beroperasi di Zon Selamat Pantai Timur atau Esszone yang membabitka­n 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau akan sentiasa bekerjasam­a dan meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan masingmasi­ng demi kejayaan visi, misi serta peranan Esscom untuk meningkatk­an keselamata­n, kesejahter­aan dan keyakinan rakyat ” DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? RADIN bergambar bersama pegawai pasukan keselamata­n di Esszone dan para pemimpin PBS selepas menyampaik­an sumbangan kuih raya.
RADIN bergambar bersama pegawai pasukan keselamata­n di Esszone dan para pemimpin PBS selepas menyampaik­an sumbangan kuih raya.
 ??  ?? RADIN bersama ketua-ketua bahagian PBS Zon Pantai Timur Sabah.
RADIN bersama ketua-ketua bahagian PBS Zon Pantai Timur Sabah.
 ??  ?? RADIN menyerahka­n sumbangan kuih Hari Raya kepada Fadzil.
RADIN menyerahka­n sumbangan kuih Hari Raya kepada Fadzil.
 ??  ?? SALLEH menerima sumbangan PBS yang disampaika­n oleh Radin.
SALLEH menerima sumbangan PBS yang disampaika­n oleh Radin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia