Utusan Borneo (Sabah)

PDRM dan ATM Karakit Pulau Banggi agih 200 bubur lambuk

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Sebanyak 200 bubur lambuk telah diagihagih­kan kepada orang awam di Pekan Karakit Pulau Banggi, di sini, pada Jumaat.

Program itu adalah anjuran Balai Polis Karakit dengan kerjasama 10 RMD Kem Karakit.

Sempena program itu, turut diadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat, ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kudat.

Turut bersama mengagih-agihkan bubur lambuk ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Haji Unaini, Pengetua SMK Banggi Khuraimi Huzaima dan Pegawai Felcra Berhad Jabar Tomin.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong memberitah­u program itu adalah bagi merapatkan lagi hubungan antara PDRM dan masyarakat selain mengeratka­n kerjasama antara PDRM dan ATM.

“Program ini juga membantu golongan asnaf di sekitar Karakit sempena persiapan Hari Raya dan menjadikan PDRM Kudat mudah didekati dan disenangi masyarakat.

“Selain itu, program ini juga merupakan aktiviti khidmat kemasyarak­atan bagi meningkatk­an hubungan kerjasama dengan pasukan sahabat,” katanya.

Douglas turut menghargai kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini.

Pada masa sama, beliau menghargai sumbangan yang diberikan oleh pihak terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Katanya kehadiran masyarakat setempat telah memberi semangat kepada PDRM dan ATM dalam melaksanak­an tugas.

Pada program itu, Mijul bersama Douglas dan pegawai-pegawai pasukan keselamata­n telah mengedarka­n bubur lambuk kepada orang awam di Pekan Karakit.

Majlis berbuka puasa bersama anggota PDRM dan ATM turut dihadiri oleh Douglas serta para ketua kampung dan pengerusi JKKK yang diadakan di Masjid Daerah Kecil Banggi.

Pada majlis itu, seramai sepuluh ibu tunggal dan anak yatim telah penerima sumbangan yang disampaika­n oleh Douglas.

 ??  ?? MIJUL (tujuh kiri) dan Douglas (enam kiri) bersama pegawai serta anggota PDRM dan ATM selepas mengagih-agihkan bubur lambuk.
MIJUL (tujuh kiri) dan Douglas (enam kiri) bersama pegawai serta anggota PDRM dan ATM selepas mengagih-agihkan bubur lambuk.
 ??  ?? MIJUL (kiri), Douglas (tiga kiri) serta pegawai-pegawai PDRM dan ATM mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang awam.
MIJUL (kiri), Douglas (tiga kiri) serta pegawai-pegawai PDRM dan ATM mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang awam.
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada salah seorang kanak-kanak semasa majlis berbuka puasa.
DOUGLAS menyampaik­an sumbangan Hari Raya kepada salah seorang kanak-kanak semasa majlis berbuka puasa.
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas.
DOUGLAS menyampaik­an sumbangan kepada seorang warga emas.
 ??  ?? DOUGLAS (dua kiri) turut bersama para pegawai ATM dan PDRM menggaul bubur lambuk.
DOUGLAS (dua kiri) turut bersama para pegawai ATM dan PDRM menggaul bubur lambuk.
 ??  ?? KANAK-kanak ini sedang menunggu masa untuk berbuka puasa.
KANAK-kanak ini sedang menunggu masa untuk berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia