Utusan Borneo (Sabah)

Hutan di tengah Portugal terbakar

Terperangk­ap di lebuh raya, 25 maut manakala kira-kira 16 lagi cedera

-

LISBON: Kebakaran hutan bes ardi tengah Portugal membunuh sekurangku­rangnya 25 orang dan mencederak­an 16 orang lain kelmarin, kebanyakan­nya mati terbakar dalam kereta mereka, kata kerajaan semalam.

Beberapa ratus orang anggota bomba dan 160 buah kenderaan dikerahkan untuk memadam kebakaran yang bermula selepas tengah hari di perbandara­n Pedrogao Grande sebelum ia merebak dengan cepat pada empat penjuru.

“Malangnya ini mungkin tragedi paling besar yang kita pernah lihat sejak beberapa tahun yang lalu dari segi kebakaran hutan,” kata Perdana Menteri yang kelihatan sebak, Antonio Costa.

“Jumlah kematian munkin akan meningkat lagi,” katanya di ibu pejabat Pelindunga­n Awam dekat Lisbon.

“Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamat­kan orang yang mungkin masih dalam bahaya.”

Portugal begitu panas di bawah gelombang bahang yang teruk kelmarin, dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa buah wilayah.

Kira-kira 60 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada sebelah malam, dengan kira-kira 1,700 anggota bomba yang berusaha untuk memadamkan­nya.

Setiausaha Dalam Negeri Jorge Gomes berkata kesemua 22 orang mati terbakar dalam kereta mereka setelah terperangk­ap dalam kebakaran yang merebak ke kawasan lebuh raya dari Figueiro dos Vinhos ke Castanheir­a de Pera.

Tiga lagi maut kerana tersedut asap berlebihan.

Seramai 16 orang cedera, termasuk lima anggota bomba, dua daripadany­a parah.

Api merebak dengan begitu pantas dari keempat-empat penjuru, kata Gomes.

Ribut petir kering mungkin punca kebakaran yang membawa padah itu, menurut perdana menteri.

Beberapa buah kampung terjejas disebabkan oleh kebakaran utama dan prosedur pemindahan telah dilaksanak­an bagi sebahagian daripadany­a, tambah Costa. Pegawai tidak dapat segera mengulas mengenai keseriusan kerosakan.

Sepanyol mengerahka­n dua pesawat untuk menggugurk­an air pada pagi semalam bagi membantu jabatan bomba Portugal di darat, kata perdana menteri.

Costa berkata tempoh berkabung bagi seluruh negara akan diumumkan tidak lama lagi.

Presiden Marcelo Rebelo pergi ke wilayah Leiria untuk berjumpa dengan keluarga mangsa, dan “berkongsi keperitan mereka dalam nama semua rakyat Portugal”, katanya.

Anggota bomba melakukan “segala yang termampu” ketika berdepan dengan kebakaran, tambahnya.

Puluhan orang yang meninggalk­an kediaman mereka telah diterima masuk oleh penduduk di perbandara­n berdekatan Ansiao.

“Orang yang tiba berkata mereka tidak mahu mati di rumah mereka, yang dikeliling­i api,” kata Ricardo Tristao di Ansiao kepada pemberita.

Portugal mengalami beberapa kebakaran pada tahun lepas yang memusnahka­n lebih 100,000 hektar kawasan tanah besar.

Kebakaran di pulau pelanconga­n Madeira Ogos lalu mengorbank­an tiga orang manakala sepanjang tahun 2016, kira-kira 40 kediaman musnah dan 5,400 hektar tanah terbakar. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERKORBAN: Seorang pegawai polis menunggu ketibaan ambulans berhampira­n mayat mangsa kebakaran hutan di lebuh IC8 dekat Pedrogao Grande, tengah Portugal awal semalam.
— Gambar Reuters TERKORBAN: Seorang pegawai polis menunggu ketibaan ambulans berhampira­n mayat mangsa kebakaran hutan di lebuh IC8 dekat Pedrogao Grande, tengah Portugal awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia