Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan seru hak untuk pelarian di Sepanyol

-

MADRID: Ribuan berarak di Madrid kelmarin menyeru kerajaan Sepanyol menunaikan komitmen bagi menerima masuk lebih 17,000 pelarian sebagai sebahagian pelan penempatan semula di Eropah.

“Tiada manusia yang haram,” orang ramai melaung ketika mereka berjalan dalam keadaan cuaca yang begitu panas melintasi kedai pakaian di tengah Madrid, sambil membawa sepanduk yang menyebut ‘Jambatan bukan tembok’ dan ‘Cukup dengan alasan, tiada lagi benteng’.

Tunjuk perasaan itu, yang dianjurkan oleh puluhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Amnesty Internatio­nal, diadakan hanya beberapa hari sahaja sebelum Hari Pelarian Sedunia pada Selasa ini.

Ia juga berlaku ketika tarikh terakhir semakin dekat untuk menempatka­n semula 160,000 pelarian di seluruh Eropah di bawah satu pelan solidariti yang dikuatkuas­akan pada 2015 untuk cuba mengatasi krisis migrasi terbesar dalam sejarah benua tersebut dan mengurangk­an beban ke atas dua negara barisan hadapan, Itali dan Greece.

Bagaimanap­un pada awal Jun, tidak sampai 20,000 orang pelarian sudah dipindahka­n.

Sepanyol, yang berikrar menerima masuk lebih 17,300 pelarian, setakat ini hanya mengalu-alukan lebih 1,300 orang, menurut Amnesty.

“Sepanyol langsung tidak melakukan apa-apa yang sepatutnya ia lakukan, ia memalukan – Sepanyol dan Eropah,” kata Carlos Diez, seorang guru sekolah menengah berusia 55 tahun di tunjuk perasaan itu.

Turut menyertai perarakan adalah Christian Lele, seorang warga Cameroon berusia 27 tahun yang memasuki Sepanyol secara haram pada 2014 dengan memanjat pagar sempadan antara Maghribi dan wilayah Melilla, Sepanyol – satu daripada hanya dua sahaja sempadan darat antara Afrika dengan Eropah.

“Saya mahu belajar, mengubah kehidupan saya, membantu keluarga saya,” katanya.

“Kita tidak dapat hidup dengan baik (di Cameroon) dengan wang sedikit yang mereka bayar kepada kita.”

Lele sampai di Maghribi setahun selepas dia meninggalk­an negaranya, dengan menumpang kenderaan orang lain merentasi benua.— AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PESERTA berarak semasa menyertai demonstras­i sempena Hari Pelarian Sedunia di Madrid, kelmarin.
— Gambar Reuters PESERTA berarak semasa menyertai demonstras­i sempena Hari Pelarian Sedunia di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia