Utusan Borneo (Sabah)

Pelaga lembu maut dirodok di Perancis

-

AIRE-SUR-L’ADOUR: Pelaga lembu jantan terkenal dari Sepanyol Ivan Fandino maut di hospital kelmarin selepas dirodok seekor lembu jantan semasa pertarunga­n di barat daya Perancis, kata sumber jabatan perubatan.

Lelaki berusia 36 tahun itu tersandung dalam gelanggang selepas kakinya tersangkut pada mantelnya lalu dirodok lembu jantan tersebut menembusi paru-parunya.

Pelaga Basque itu telah membuat persembaha­n di pesta laga lembu Aire-surl’Adour di Perancis bersama dua matador lain, Juan Del Alamo dan Thomas Dufau.

Fandino memenangi satu pertarunga­n sebelum itu dan memotong telinga lembu berkenaan.

Dia dilihat dibawa keluar dari tempat kejadian oleh rakan-rakan lain dengan darah membasahi kostum sulaman tradisiona­lnya.

Pihak berkuasa hospital enggan mengulas tetapi sumber perubatan bebas memberitah­u, Fandino mengalami dua serangan sakit jantung dalam ambulans sebelum mati di hospital di bandar berdekatan Mont-de-Marsan.

Kali terakhir pelaga lembu maut ketika membuat persembaha­n adalah pada Julai 2016 apabila matador Sepanyol, Victor Barrio, 29, ditanduk pada bahagian dada secara langsung di televisyen.

Lebih sebulan sebelum itu, pelaga Mexico El Pana, 64, mati selepas berminggum­inggu di hospital apabila turut dirodok di dada.

Fandino, yang berasal dari Ordonu tidak jauh dari kota pelabuhan Bilbao di utara Sepanyol, terkenal dengan keberanian­nya melawan lembu jantan yang enggan dilawan rakan-rakan lain.

Di Bilbao pada 2012, tanpa bantuan orang lain, dia menentang enam ekor lembu jantan yang ditampilka­n enam penternak berbeza.

Tradisi ratusan tahun laga lembu masih popular di Sepanyol, dengan kira-kira 1,800 pertunjuka­n setahun di hadapan enam juta peminat yang menganggap sukan itu sebagai satu kesenian yang amat penting dalam kebudayaan Sepanyol.

Aktivis membuat seruan semula bagi larangan sepenuhnya ekoran kematian Barrio, dengan menyatakan tradisi itu kejam dan ketinggala­n zaman, manakala setahun lalu kerajaan wilayah pimpinan Castilla y Leon melarang pembunuhan lembu jantan di pesta bandar.

Kerajaan nasionalis di wilayah utara Catalonia menjadikan amalan itu satu jenayah pada 2012 tetapi Mahkamah Perlembaga­an Sepanyol membatalka­n larangan tersebut pada Oktober 2016. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Fandino dalam gambar fail 26 April, 2015 semasa menyertai acara laga lembu di gelanggang Maestranza di ibu negeri Andalusia Seville, selatan Sepanyol.
— Gambar Reuters Fandino dalam gambar fail 26 April, 2015 semasa menyertai acara laga lembu di gelanggang Maestranza di ibu negeri Andalusia Seville, selatan Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia