Utusan Borneo (Sabah)

Giant Papar edar 4,000 bubur lambuk

- -Oleh YAP SIONG HAN

PAPAR: Sempena bulan Ramadan 2017, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd mengedarka­n sejumlah 4,000 bubur lambuk di pasaraya Giant Superstore Papar, di sini, baru-baru ini.

Program seumpamany­a adalah acara tahunan di bawah projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dilaksanak­an di Sabah.

Projek CSR itu diketuai oleh Ketua Pasaraya Giant Malaysia Timur dan Brunei Marius Knight dan tahun ini pengedaran bubur lambuk itu turut berjaya mendapatka­n kerjasama daripada Adabi.

“Bulan Ramadan adalah berkaitan dengan usaha murni, inilah semangat yang dilakukan pihak kami untuk sekali lagi mengadakan CSR ini bagi menguatkan hubungan pasaraya ini dengan para pelanggan di sekitar sini.

“Ini adalah tahun kelima program ini diadakan dan kami ingin berterima kasih kepada pihak Adabi kerana bersama-sama menjayakan program ini,” katanya.

Program mengedarka­n bubur lambuk dilancarka­n pada 27 Mei di Giant Kolombong dan Indah Permai, manakala program yang sama dilaksanak­an di Giant Putatan pada 10 Jun lalu.

Manakala, Giant Keningau akan melaksanak­an program itu pada 23 Jun ini sempena ulangtahun pertama pasaraya itu bertapak di sana.

Program itu turut dijayakan dengan kerjasama daripada Istiwawasa­n Sdn Bhd, Desa, Eng Peng Cold Storage Sdn Bhd, Imbas Jaya Sdn Bhd, Borneo Exported, Pertanian Tuaran Marketing Sdn Bhd dan Kent Well Edar Sdn Bhd.

 ??  ?? (Gambar kanan) ANTARA jenis kurma berkualiti tinggi yang dijual di Mydin.
(Gambar kanan) ANTARA jenis kurma berkualiti tinggi yang dijual di Mydin.
 ??  ?? MARIUS (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain ketika memasak bubur lambuk.
MARIUS (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain ketika memasak bubur lambuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia