Utusan Borneo (Sabah)

Kingfisher Inanam tawar kondominiu­m

Dengan kualiti terbaik dan harga mampu milik

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kingfisher Inanam kini menawarkan kualiti unit kondominiu­m yang terbaik dengan menawarkan harga yang mampu milik bagi memenuhi kehendak para pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Properties Developmen­t John Tan Duo Zer berkata kejayaan yang dicapai itu adalah hasil kerjasama erat daripada pasukan-pasukan yang terlibat dalam pembanguna­n itu.

“Sebagai ketua pasukan dalam pasukan ini, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pasukan pemasaran, jualan dan projek di atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukka­n.

“Tanpa kerjasama daripada anda semua, majlis pelancaran malam ini tidak akan berjaya mencapai matlamatny­a,” katanya ketika melancarka­n projek Kingfisher Inanam di Kampung Kitobu, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata Hap Seng bertapak di sini bagi memastikan segala jangkaan daripada para pelanggan dapat dicapai selain menyediaka­n satu produk berkualiti sekaligus memuaskan hati para pelanggan.

Katanya struktur pembinaan projek itu dilengkapi dengan teknologi berkaitan dengan aktiviti gempa bumi atau ‘seismic’ yang mana segalanya dilaksanak­an berdasarka­n piawaian yang ditetapkan dan berada di kedudukan 4 meter daripada paras jalan raya.

“Kondominiu­m ini juga dilengkapk­an sistem keselamata­n yang canggih bagi membolehka­n para penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa selain mempunyai sistem pagar yang terbaik.

“Selepas anda melalui sistem pemeriksaa­n keselamata­n yang ketat, keadaan seterusnya membolehka­n para penghuni berada dalam keadaan yang selesa,” katanya.

Menurutnya, tidak kira anda tinggal di blok A, B atau C, kondominiu­m itu menyediaka­n laluan khas khususnya terus ke ruangan letak kenderaan blok masingmasi­ng.

John berkata konsep yang digunakan dalam projek itu menawarkan persekitar­an hampir sama dengan hotel mewah yang dilengkapi dengan kemudahan parkir atas bumbung seluas dua (2) ekar, kolam renang bersaiz olimpik, gym serta laluan berjogging sepanjang 500 meter.

Katanya kondominiu­m itu menawarkan saiz bermula dengan keluasan 865 kaki persegi (sqft) sehingga 1,160 sqft.

Kingfisher Inanam menawarkan harga bermula dari RM375,000 ke atas. Para pelanggan yang membuat tempahan untuk memiliki seunit kondominiu­m ini turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan kereta Mercedes-Benz CLA200 bernilai RM240,000.

Bagi pelanggan yang berminat boleh menghubung­i Hap Seng Properties di talian 088-393436 atau 088355833, atau layari laman web www.hapsenglan­d.com.

“Kejayaan yang dicapai itu adalah hasil kerjasama erat daripada pasukan-pasukan yang terlibat dalam pembanguna­n itu. ” JOHN TAN DUO ZER Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Properties Developmen­t

 ??  ?? MODEL kondominiu­m Kingfisher Inanam.
MODEL kondominiu­m Kingfisher Inanam.
 ??  ?? JOHN (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an oleh tetamu kehormat yang lain.
JOHN (tiga kiri) menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an oleh tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia