Utusan Borneo (Sabah)

Penguat kuasa pantau lokasi tumpuan beli-belah

KPDNKK ambil langkah lindungi pengguna daripada peniaga tidak beretika semasa musim perayaan

-

“Bagi menjayakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017, peniaga hendaklah mematuhi arahan ditetapkan dan mengamalka­n sikap beretika mengurus perniagaan. ” SALIHIN DEN Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Bintulu

BINTULU: Pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah untuk menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan harga barangan sekali gus memastikan penguatkua­saan lebih berkesan.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Bintulu Salihin Den berkata, langkah itu merupakan usaha berterusan bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambila­n keuntungan berlebihan oleh peniaga-peniaga tidak beretika pada musim perayaan.

Beliau berkata, KPDNKK mendapat kerjasama ‘Friends

of KPDNKK’, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat yang membantu memantau dan memberi maklum balas berhubung pelaksanaa­n skim ini.

“Bagi menjayakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017, peniaga hendaklah mematuhi arahan ditetapkan dan mengamalka­n sikap beretika mengurus perniagaan.

“Manakala pengguna mesti mengetahui tanggungja­wab dan menggunaka­n hak mereka,” katanya pada pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017 oleh Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Hock Peng dan Medan Mall Bintulu, Pemanca Datuk Dr Francis Toh Chiew Peng.

Menurut beliau, sekiranya didapati peniaga tidak mematuhi skim itu, pengguna boleh menyalurka­n aduan ke talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol 1-800-886800, e-mel ke e-aduan@

kpdnkk.gov.my atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip ‘KPDNKK ADUAN <butiran aduan>’ ataupun lapor dan hadir ke mana-mana pejabat KPDNKK seluruh Sarawak.

Katanya, tinjauan semalam turut memaklumka­n tentang langkah kerajaan yang prihatin dan serius menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

“Kementeria­n sentiasa berusaha menstabilk­an harga barangan keperluan terutama musim perayaan dengan melaksanak­an skim ini sekali gus menyekat kenaikan barangan tidak munasabah akibat permintaan tinggi sesuatu barangan,” tambahnya.

Katanya, skim kawalan harga itu bermula 17 hingga 30 Jun selama 14 hari berkuat kuasa selama lapan hari sebelum perayaan dan sehari pada hari perayaan dan lima hari selepas perayaan.

Justeru, katanya, peniaga diingatkan menjual barang harga terkawal tidak melebihi harga maksimum, meletak tanda harga merah jambu untuk membezakan dengan barangan lain dan digalak menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum.

“Peniaga yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dengan penalti untuk individu ialah denda RM100,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan untuk syarikat dengan RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

“Kesalahan gagal meletak tanda harga merah jambu untuk barang terkawal didenda RM10,000 atau kompaun RM50,000 (individu) dan denda RM20,000 atau kompaun RM10,000 untuk syarikat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mataib mengingatk­an pengguna agar tidak membeli barang tidak perlu, tidak membazir dan tidak berbelanja melebihi keperluan atau perbelanja­an yang ada.

“Saya menasihati pengguna berhati-hati membeli barang terutama di pasar raya, membeli barang patut sahaja dan jangan membeli barang tidak perlu dengan banyak hanya untuk disimpan di rumah tetapi tidak digunakan,” katanya.

Senarai barang skim perayaan Hari Raya ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B, C, cili merah, tomato, kubis bulat import (Indonesi dan China tidak termasuk kubis Beijing), kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China), ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan aya/tongkol.

 ??  ?? MATAIP (kiri), Salihin(kanan) dan Francis (tengah) meninjau barangan harga terkawal di Pasar Raya Medan Mall Bintulu.
MATAIP (kiri), Salihin(kanan) dan Francis (tengah) meninjau barangan harga terkawal di Pasar Raya Medan Mall Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia