Utusan Borneo (Sabah)

Operasi bersepadu NBOS antara KPDNKK dan Polis Marin bermula

-

SIBU: Operasi bersepadu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an( KPDNKK) dengan Polis Marin di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bermula di sini pada Jumaat.

Melibatkan 20 anggota iaitu sembilan dari KPDNKK diketuai Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Abdul Hafidz Abdul Rahim dan 11 anggota Polis Marin diketuai ASP Syahruddin Ramli.

Menurut Abdul Hafidz, sebelum ini agensi terbabit mengadakan operasi berasingan dan Polis Marin menyerahka­n kes berkaitan kepada KPDNKK untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, bermula 20 Mac tahun ini kedua-dua agensi terbabit bekerjasam­a di bawah N BOS dengan operasi pertama di Kelantan.

“Di Sarawak, ini merupakan operasi bersama kedua-dua agensi menjadi permulaan kerjasama KPDNKK dan Polis Marin dalam menjalanka­n operasi di sungai atau perairan di Sarawak.

“Dengan kerjasama ini, kedua-dua agensi penguat kuasa menjadi satu pasukan lebih kuat memantau dari Kuching sehingga ke Lawas,” katanya di sini pada Sabtu.

Menyentuh mengenai operasi julung kali di Sarawak itu, Abdul Hafidz berkata operasi melibatkan pemeriksaa­n di tiga kawasan.

“Kita membuat pemeriksaa­n di beberapa premis sebagai langkah pencegahan agar barangan kawalan dan subsidi tidak disalurkan ke tempat lain,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, kedua-dua agensi ini pernah menjalanka­n operasi bersama dari 2010 hingga 2017, sejumlah 24 kes seluruh negeri diambil tindakan dengan nilai rampasan sejumlah RM 6, 247,567.

“Kebanyakan kes melibatkan penyelewen­gan minyak diesel,” katanya.

 ??  ?? ABDUL HAFIDZ (depan empat kiri) dan Syahruddin (tiga kanan) bersama-sama anggota lain ketika operasi bersepadu.
ABDUL HAFIDZ (depan empat kiri) dan Syahruddin (tiga kanan) bersama-sama anggota lain ketika operasi bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia