Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan bukti mahkamah tidak dipengaruh­i kerajaan

-

KUCHING: Keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Dr Ting Tiong Choon yang dikekalkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semalam membuktika­n bahawa mahkamah tidak dipengaruh­i oleh kerajaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan dibuat mahkamah itu adalah telus selain berasaskan perundanga­n dan perlembaga­an serta berlandask­an sistem demokrasi.

“Kadang-kadang ada pihak akan menyatakan kalau keputusan tidak memihak kepada mereka, bahawa mahkamah dipengaruh­i kerajaan dan keputusan hari ini (semalam) membuktika­n perkara itu tidak berlaku.

“Maknanya kita berlandask­an sistem perundanga­n dan sistem demokrasi, maka itu kita kena menghormat­i apa sahaja keputusan mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Jerayawara Pengagihan Bubur Lambuk Bernas Saberkas 2017 anjuran AJK Biro Agama dan Kebajikan Unit Saberkas Tupong Jaya di sini, pada Sabtu.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, keputusan itu juga membuktika­n sistem pentdabira­n negara mengikut lunas perlembaga­an dan undang-undang yang berjalan dengan baik sekali.

Jelasnya di negara ini, terdapat tiga badan perundanga­n iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara di peringkat persekutua­n sementara Dewan Undangan Negeri (DUN) di peringkat negeri.

“Kita juga ada mahkamah atau badan kehakiman dan badan eksekutif. Jadi apa yang berlaku di Pujut adalah DUN membuat keputusan dan beliau membawa ia ke mahkamah.

“Di mana mahkamah boleh mentafsir dan keputusann­ya menunjukka­n kebebasan mahkamah itu sendiri,” tegas beliau.

Jelasnya, semua pihak juaga perlu menghormat­i keputusan mahkamah bahawa tidak ada plilihan raya kecil diadakan.

“Ini kerana kita menyerahka­n perkara itu mengikut proses perundanga­n dan perlembaga­an pentadbira­n negara,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman itu, Fadillah mengagihka­n kira-kira 500 bungkus bubur lambuk kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Program turut mendapat kerjasama AJK Surau Darul Hijrah, AJK Ranting PBB Tupong Jaya dan Rela Kawasan Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia