Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri rahmat Ramadan: Sapawi

Terap semangat perpaduan, kasih sayang secara berpanjang­an

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Marilah kita terapkan roh dan semangat Ramadan ini demi untuk kemajuan berasas prinsip perpaduan, kasih sayang, pendidikan dan ekonomi, biarpun selepas berakhirny­a Ramadan. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad mengajak rakyat supaya mensyukuri rahmat Ramadan yang membolehka­n ia disambut oleh umat Islam dalam suasana aman damai bersama rakyat berbilang kaum serta kepercayaa­n.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya semangat Ramadan itu yang meliputi aspek perpaduan, kasih sayang, pendidikan dan ekonomi diterap dan dipupuk secara berkekalan sehingga selepas Ramadan.

Katanya rakyat negara ini bertuah kerana dapat menyambut Ramadan dan seterusnya meraikan Aidilfitri dalam keadaan harmoni berikutan jalinan kesatuan rakyat yang diperkukuh dengan kestabilan kerajaan.

Ramadan juga membawa rahmat ekonomi kerana menjadi medan perniagaan bagi umat Islam menerusi bazar yang diadakan di serata tempat.

“Bazar Ramadan menjana ekonomi umat Islam, pembelinya menjangkau semua kaum termasuk bukan Islam, malahan ia menjadi produk pelanconga­n yang menjadi tarikan pengunjung luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya Ramadan anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubunga­n Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Sipitang, di sini, kelmarin.

Program dijayakan bersama oleh Yayasan Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, Biro Agama Umno Bahagian Sipitang, Badan Dakwah Daerah Sipitang, Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Sipitang, Tabung Anak Yatim Pekan Sipitang dan Bendahari Umno Sipitang Datuk Ir Mustapa Hj Kassim.

Sempena program itu, kira kira 400 anak yatim, pelajar kurang berkemampu­an dan golongan asnaf menerima sumbangan masingmasi­ng. Hadir sama, Pengerusi PPIM Perhubunga­n Negeri Sabah Datin Patimah Hj Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Abd Razak Abd Karim.

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata kepelbagai­an kaum di negara ini tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menikmati kemeriahan Ramadan, justeru ia wajar dikekalkan secara berpanjang­an.

Katanya kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat merupakan prasyarat bagi kemajuan negeri dan negara keseluruha­nnya.

“Marilah kita terapkan roh dan semangat Ramadan ini demi untuk kemajuan berasas prinsip perpaduan, kasih sayang, pendidikan dan ekonomi, biarpun selepas berakhirny­a Ramadan,” katanya.

Mengenai pembanguna­n Sipitang, Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata agenda transforma­si pembanguna­n kini berjalan lancar dan dijangka landskap kemajuan akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun.

Katanya ketika ini projek Lebuhraya Pan Borneo serta projek minyak dan gas adalah antara projek mega yang bakal mengubah wajah Sipitang, kerana keduaduany­a menjadi pemangkin pertumbuha­n ekonomi terbesar.

“Kerajaan kita komited membawa perubahan untuk rakyat secara menyeluruh, seiring gagasan pimpinan untuk mensejahte­rakan rakyat,” katanya.

 ??  ?? AHLI Korporat selaku Bendahari Umno Sipitang Datuk Ir Mustapha Kassim turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.
AHLI Korporat selaku Bendahari Umno Sipitang Datuk Ir Mustapha Kassim turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Patimah.
SAPAWI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Patimah.
 ??  ?? SAPAWI menerima cendera kenangan daripada Patimah sempena majlis berkenaan.
SAPAWI menerima cendera kenangan daripada Patimah sempena majlis berkenaan.
 ??  ?? PATIMAH bersama Sapawi menyampaik­an sumbangan kepada salah anak yatim.
PATIMAH bersama Sapawi menyampaik­an sumbangan kepada salah anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia