Utusan Borneo (Sabah)

JR Plus Umno Zon 5 perlu bersedia hadapi pilihan raya

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Semua jentera Jalinan Rakyat (JR) Plus Umno Bahagian S anda kan, Kinabatang­an, Libaran, Beluran dan Batu Sapi perlu lebih bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Setiausaha Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata persiapan yang mantap di peringkat jentera JR Plus yang membabitka­n pergerakan Wanita Umno, Puteri Umno dan Pemuda Umno serta badan bukan kerajaan dapat membantu kekuatan kepada parti.

“Oleh itu, jentera JR Plus perlu dipersiapk­an dengan mantap agar kita lebih mendekati pengundi pada pilihan raya kelak,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata apa juga yang dilakukan buat masa ini, perlu menjurus kepada pilihan raya yang bakal tiba pada bila-bila masa.

“Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu memantapka­n persediaan di semua peringkat dalam menghadapi pilihan raya sekaligus memastikan kemenangan BN.

“Semua pemimpin Umno sama ada di bahagian dan cawangan perlu menjalinka­n kerjasama baik dan bersatu dalam memberi kemenangan kepada calon-calon BN yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Umno Zon 5 Negeri Sabah anjuran Umno Bahagian Kinabatang­an di Masjid Daerah Kinabatang­an, petang Sabtu.

Mengulas program berkenaan, Yahya yang mewakili Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman menjelaska­n program berbuka puasa Umno seperti itu dapat mengeratka­n silaturahi­m antara pemimpin dan rakyat.

“Bukan sahaja kita dapat beramah mesra tetapi kita juga dapat menghulurk­an sumbangan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Beliau memberitah­u ia adalah cara Umno dan tradisi yang dijalankan setiap tahun untuk membantu rakyat serta mengeratka­n perpaduan antara sesama.

Yahya meminta pemimpin serta ahli Umno agar terus bekerja untuk kepentinga­n parti dan rakyat.

Sementara itu, pengerusi penganjur yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin mengingatk­an semua pemimpin dan ahli Umno agar terus memperkuku­hkan perpaduan dan jalinan kerjasama yang baik.

“Ini penting kerana ia adalah salah satu usaha dan langkah kita memantapka­n perpaduan rakyat di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata tradisi Umno setiap tahun mengadakan majlis berbuka puasa merupakan tradisi yang mengeratka­n jalinan kerjasama dan perpaduan sesama pemimpin dan ahli Umno.

“Tradisi ini juga akan membakar semangat pemimpin serta ahli Umno untuk terus berjuang dalam memastikan parti Umno itu terus mantap di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau menambah, ia merupakan program tahunan Umno Sabah setiap kali tibanya bulan Ramadan untuk berbuka di enam zon seluruh negeri dan pendekatan turun padang pemimpin Umno bertemu dan bermesra dengan ahli serta pemimpin parti peringkat akar umbi.

“Melalui program ini juga, kepimpinan Umno Sabah dan anggota parti bukan sahaja boleh mengukuhka­n silaturahi­m tetapi juga memberi ruang kepada pemimpin mendengar permasalah­an rakyat serta berusaha menyelesai­kannya,” katanya.

Dalam pada itu, Jafry memberitah­u selain majlis berbuka puasa, pihaknya juga menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan terutamany­a asnaf dan pihak masjid.

“Sebelum ini juga, Umno Bahagian Kinabatang­an bersama Yayasan Felcra Berhad telah menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) membabitka­n 3,000 penerima dari lebih 70 kampung dalam Parlimen Kinabatang­an,” katanya.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudian Yahya, Ketua Umno Bahagian Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib, Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Gaffor Salleh, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Timbalan Ketua Umno Bahagian Libaran Datuk Juslie Ajirol, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Muis Picho, Naib Ketua Umno Bahagian Libaran Datuk Zakaria Edris, Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah Dato Juhari Janan dan para pemimpin Umno.

 ??  ?? AHLI Lembaga Pengarah Felcra Agro Industry Berhad Datuk Salleh Janan menyampaik­an zakat perniagaan Syarikat Felcra Agro Industry kepada Penolong Pegawai Pusat Zakat Negeri Sabah Cawangan Sandakan Mohd Khaden Salleh diperhatik­an oleh Yahya dan pemimpin...
AHLI Lembaga Pengarah Felcra Agro Industry Berhad Datuk Salleh Janan menyampaik­an zakat perniagaan Syarikat Felcra Agro Industry kepada Penolong Pegawai Pusat Zakat Negeri Sabah Cawangan Sandakan Mohd Khaden Salleh diperhatik­an oleh Yahya dan pemimpin...
 ??  ?? YAHYA menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak tahfiz sambil diperhatik­an oleh Jafry.
YAHYA menyampaik­an sumbangan kepada kanak-kanak tahfiz sambil diperhatik­an oleh Jafry.
 ??  ?? YAHYA menyampaik­an sejadah kepada lebih 10 masjid di Parlimen Kinabatang­an.
YAHYA menyampaik­an sejadah kepada lebih 10 masjid di Parlimen Kinabatang­an.
 ??  ?? YAHYA, Jafry, Samsudin, Ampong, Juslie dan Ronald bersama para pemimpin Umno lain.
YAHYA, Jafry, Samsudin, Ampong, Juslie dan Ronald bersama para pemimpin Umno lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia