Utusan Borneo (Sabah)

Galak penyertaan bomba sukarela

PBS penting sebagai pasukan awal beri respons jika berlaku kebakaran

-

MUKAH: Penyertaan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) harus digalak dalam kalangan masyarakat untuk membentuk pasukan pertama yang memberikan respons jika berlaku kebakaran.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata setiap kampung di Dalat harus mempunyai setiap anggota atau PBS sendiri.

“Setiap kampung harus ada ahli PBS atau persatuan sendiri menjaga keselamata­n dan bertindak sesegera mungkin jika sekiranya berlaku kebakaran,” katanya pada perasmian Balai Bomba Sukarela Dalat pagi Sabtu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad dan Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh.

Menurut Fatimah, kewujudan PBS amat perlu kerana jika menurut rekod lalu kebakaran berlaku hampir setiap tahun di Dalat.

“Balai Bomba dan Penyelamat terdekat adalah di Mukah dan mengambil masa untuk sampai ke Dalat,” jelasnya.

Keadaan ini jika bergantung sepenuhnya kepada bomba apabila menghadapi kebakaran, bakal menjadikan bencana dan mendatangk­an kecelakaan besar kepada mangsa.

“Kita bersyukur dengan kerjasama pelbagai pihak akhirnya siap juga Balai Bomba dan Penyelamat ini dengan masa pembinaan hanya 60 hari dan memakan kos RM80,000,” katanya.

Pada majlis sama, Fatimah turut mengumumka­n geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada PBS Pekan Dalat sejumlah RM5,000 untuk aktiviti pengambila­n keahlian.

Selain perasmian balai bomba, Fatimah turut menghadiri demonstras­i memadam api oleh PBS Dalat.

“Setiap kampung harus ada ahli PBS atau persatuan sendiri menjaga keselamata­n dan bertindak sesegera mungkin jika sekiranya berlaku kebakaran. ” DATUK FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? FATIMAH (kiri) menurunkan tanda tangan ke plak Balai Bomba baharu disaksikan Nor Hisham (dua kiri) dan Kueh (kanan) di Dalat.
FATIMAH (kiri) menurunkan tanda tangan ke plak Balai Bomba baharu disaksikan Nor Hisham (dua kiri) dan Kueh (kanan) di Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia