Utusan Borneo (Sabah)

RM435,000 disampai kepada 39 masjid, surau dan 450 penerima di DUN Tupong

-

KUCHING: Sejumlah RM435,000 peruntukan disampaika­n kepada 39 buah masjid dan surau serta 450 penerima kurang bernasib baik di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, sumbangan tersebut adalah daripada beliau sendiri selaku Adun kawasan, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, badan bukan kerajaan serta syarikat swasta.

“Setiap tahun kita menerima jumlah sumbangan yang berbeza jadi pengagihan juga mengikut jumlah yang kita terima dan kita agihkan kepada kurang bernasib baik ini, termasukla­h golongan miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilfitri Bagi DUN Tupong yang berlangsun­g di Masjid Al-Abyad, Matang, di sini pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, apa yang lebih utama ialah bagi barisan pemimpin di peringkat cawangan dan ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah untuk berjumpa sendiri dengan golongan kurang bernasib baik itu.

“Tujuan adalah untuk menyelami masalah mereka dan melihat apakah yang boleh kita lakukan dalam usaha untuk memastikan kita dapat membantu mereka ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” jelasnya.

Pada majlis penyampaia­n sumbangan itu juga, Fazzrudin turut menyampaik­an empat kerusi roda kepada pihak pengurusan Masjid Al-Abyad, Matang untuk tujuan kegunaan para jemaah yang uzur dan memerlukan­nya.

Beliau pada masa mengharapk­an agar amalan saling membantu dan memberi sumbangan khusus kepada golongan memerlukan akan terus dijadikan sebagai budaya dalam masyarakat kita hari ini.

 ??  ?? FAZZRUDIN kelihatan menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada penerima-penerima pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilfitri Bagi DUN Tupong di Kuching.
FAZZRUDIN kelihatan menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada penerima-penerima pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilfitri Bagi DUN Tupong di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia