Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sampai TMJ ‘angkat kaki’, tegas Yusoff

Penyokong, media diminta tidak terburu-buru kritik Presiden FAM itu ekoran kekalahan M’sia ke atas Lubnan

-

KUALA LUMPUR: Penyokong dan media diminta supaya tidak terburu-buru mengkritik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya kerana kekalahan Malaysia 1-2 kepada Lubnan baru-baru ini.

Timbalan Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu baharu memulakan tugas 84 hari lepas dan adalah tidak adil untuk pelbagai pihak melontarka­n kritikan secara peribadi terhadap baginda.

“Kekalahan itu menjadi bahan bualan sesetengah akhbar dan media sosial seolah-olah presiden bersalah. Saya risau jika perkara ini diperbesar-besarkan, baginda akan ‘angkat kaki’.

“Kita perlu memberi sokongan di atas usaha dan pembaharua­n yang dilakukan oleh TMJ. Baginda tidak memerlukan FAM, tetapi FAM dan penyokong sangat memerlukan baginda.

“Kita pernah mengalami situasi sukar apabila presiden sebelum ini melepaskan jawatan sebelum penggal berakhir, kita tak nak perkara ini berulang. Jika ada pemimpin baru pun, tidak pasti beliau boleh membawa kemenangan dalam semua perla wanan selepas ini,” katanya pada sidang media di sini semalam. Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan itu, merupakan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya, selepas TMJ mengambil alih pucuk kepimpinan FAM pada Mac lalu.

Sementara itu, Yusoff yang juga pengurus pasukan Bawah 22 (B-22) negara, berkata ketua jurulatih skuad itu, Datuk Ong Kim Swee akan mengenal pasti 25 pemain selepas aksi persahabat­an menentang Melaka United pada Khamis ini, untuk persediaan kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, pada Julai dan Sukan SEA ke-29, Ogos ini.

“Selepas 25 pemain dikenal pasti, kita akan menghantar surat panggilan kepada semua persatuan yang terlibat untuk mereka melepaskan pemain masing-masing. Sekiranya ada masalah, kita akan bincang dengan mereka dan mencari penyelesai­an terbaik.

“Kita mahu situasi menang-menang kepada keduadua pihak untuk mencari jalan terbaik... Kalau tidak boleh capai persetujua­n, keutamaan nasional akan diberi perhatian,” katanya.

Prestasi pasukan itu sepanjang tiga aksi persahabat­an di China yang menyaksika­n kekalahan 0-1 menentang skuad B-22 China, seri 2-2 berdepan skuad Guangzhou R& F dan kemenangan 3-1 ke atas pasukan simpanan Guangzhou Evergrande baru-baru ini memuaskan kita,” katanya. — Bernama

Kekalahan itu menjadi bahan bualan sesetengah akhbar dan media sosial seolaholah presiden bersalah. Saya risau jika perkara ini diperbesar-besarkan, baginda akan ‘angkat kaki’. DATUK YUSOFF MAHADI Timbalan Presiden FAM

 ??  ?? PEMAIN skuad kebangsaan memulakan sesi latihan dengan ketua jurulatih baru Nelo Vingada bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2019 di Padang Seri Gelam, Johor Bahru dalam gambar fail bertarikh 29 Mei 2017. — Gambar Bernama
PEMAIN skuad kebangsaan memulakan sesi latihan dengan ketua jurulatih baru Nelo Vingada bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2019 di Padang Seri Gelam, Johor Bahru dalam gambar fail bertarikh 29 Mei 2017. — Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia