Utusan Borneo (Sabah)

St. Michael Penampang anjur larian

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah St. Michael (SMSM) Penampang dan Bekas Pelajar Kelas 99 akan menganjurk­an Larian Dana SMSM 2017 bermula dan tamat di Kompleks Sukan Penampang pada 20 Ogos hadapan.

Wakil Kelas 99 merangkap pengerusi penganjur Isaac Chua Wan Kiong melalui kenyataan akhbar kelmarin berkata, kejohanan itu dianjur dengan kerjasama MS Sports & Event Management.

“Pihak sekolah dan bekas pelajar telah bersetuju untuk menganjur larian ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk membeli sebuah kenderaan pengangkut yang baharu.

“Sudah tiba masanya untuk bekas-bekas pelajar sekolah ini tampil untuk menghulurk­an bantuan membalas jasa yang telah diterima semasa mereka menuntut di sekolah ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, pengetua sekolah Jennifer Asing berterima kasih kepada bekasbekas pelajar sekolah itu diatas inisiatif menganjurk­an program larian itu.

Beliau bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Isaac dan berharap semua bekas pelajar sekolah itu dapat tampil membantu merealisas­ikan matlamat penganjura­n larian itu.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama bekas pelajar sekolah itu akan menganjurk­an program sebesar itu dan berharap ianya akan menjadi contoh untuk bekas-bekas pelajar sekolah yang lain untuk menganjurk­an program seumpama itu untuk membantu sekolah masingmasi­ng.

Larian Dana SMSM akan melibatkan larian sejauh tujuh kilometer yang akan berlangsun­g di sekitar Pekan Donggongon.

Larian itu terbuka pada semua yang berminat dengan yuran penyertaan RM25 seorang dimana setiap peserta akan menerima sehelai kemejaT, medal tamat larian, bib larian dan sijil penyertaan.

Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah selain pembukaan gerai-gerai jualan di perkaranga­n tapak permulaan larian, kesemuanya untuk mengumpul dana untuk mengisi dana sekolah itu.

Mereka yang berminat boleh datang terus ke pejabat tadbir sekolah berkenaan untuk mengesahka­n penyertaan sebelum tarikh tutup pada 20 Julai hadapan.

Manakala keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubung­i talian 011-29843056 (Johanna), 014-375 3879 (Josephine), 014-3581316 (Yun) atau 019-5302689 (Marc) atau melayari laman sosial Facebook MS Sports & Event Management.

 ??  ?? ISAAC Chua (empat dari kanan) dan Jennifer Asing bersama ahli jawatankua­sa Larian Dana SMSM 2017 semasa pertemuan di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang baru-baru ini.
ISAAC Chua (empat dari kanan) dan Jennifer Asing bersama ahli jawatankua­sa Larian Dana SMSM 2017 semasa pertemuan di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia