Utusan Borneo (Sabah)

Liga Hoki Dunia: M’sia terus kempunan raih mata pertama

-

KUALA LUMPUR: Malaysia terus kempunan untuk meraih mata apabila tewas 3-7 di tangan England pada perlawanan kedua Kumpulan A, Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, pagi kelmarin.

Anak buah Stephen Van Huizen ketinggala­n seawal minit kelima menerusi jaringan padang Barry Middleton sebelum Christophe­r Griffiths menambah jaringan pada minit kelapan untuk mendahului 2-0 pada suku pertama.

Di suku kedua menyaksika­n kebangkita­n skuad The Malaysia Tigers, bermula dengan jaringan pukulan penalti Faizal Saari pada minit ke19, sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi pukulan sudut penalti.

Segalanya berubah pada suku ketiga apabila England yang dibimbing Bobby Crutchley, kembali bangkit menambah tiga jaringan pada minit ke-32 menerusi Sam Ward hasil pukulan sudut penalti serta jaringan padang Middleton (minit ke-34) dan Mark Gleghorne (minit ke39).

Suku keempat menyaksika­n pasukan berada di ranking ketujuh dunia itu menambah dua lagi jaringan, masingmasi­ng menerusi Ward pada minit ke-51 (jaringan padang) dan Gleghorne (minit ke-55) melalui pukulan sudut penalti, sementara Malaysia menambah satu gol menerusi Faizal (minit ke-57) hasil pukulan sudut penalti untuk keputusan 7-3 memihak kepada England kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan kekalahan kedua skuad negara dalam Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia setelah tewas 3-5 kepada Argentina dalam perlawanan pembukaan, Sabtu lepas.

Malaysia yang menduduki ranking ke-14 dunia akan bertemu dua lagi pasukan yang berada dalam Kumpulan A Korea Selatan pada 20 Jun dan China (21 Jun). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia