Pendedahan DoJ tiada asas kukuh
Tujuan semata-mata untuk jejas kredibiliti pentadbiran negara
SEPANGGAR: Pendedahan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas pemimpin negara adalah tidak berasas.
Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata pendedahan itu sematamata ingin menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara.
“Ini cara mereka menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara dengan membangkitkan semula kes salah laku dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah selesai.
“Saya yakin terdapat dalang yang bertanggungjawab berhubung tindakan DoJ itu,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan di Parlimen Sepanggar, petang Ahad lalu.
Beliau berkata kes 1MDB sudah selesai. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut menegaskan syarikat pembangunan strategik itu tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
“Kalauadapihaktermasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara,” katanya.
Jumat turut menjelaskan bahawa Malaysia tidak perlu mengikut perundangan AS sedangkan negara sendiri mempunyaiundang-undang dan peraturan sendiri.
Dalam majlis yang sama, Jumat turut menyerahkan kuih raya kepada para anggota agensi kerajaan Parlimen Sepanggar yang hadir.
Ini cara mereka menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara dengan membangkitkan semula kes salah laku dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah selesai. DATUK JUMAT IDRIS Ahli Parlimen Sepanggar